Sorting by

×

MAIM PERUNTUK RM800,000 UNTUK DUA RUMAH ANAK YATIM

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

PANTAI KUNDOR 3 Mac – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memperuntukkan sejumlah RM800,000 sumbangan Ramadan bagi dua rumah anak-anak yatim seliaannya.

Setiausaha MAIM Shaifulfazlee Mohamad berkata, ia melibatkan Rumah Anak-Anak Yatim Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al Haj (RAYSAS) di Pantai Puteri dan Kompleks Anak Yatim Fatimah Al-Zaharah (KAYFAZ) di Bukit Katil.

“MAIM ada dua rumah anak-anak yatim yang kita uruskan, setiap rumah ini menerima sumbangan Ramadan berjumlah RM800,000.

“Memang setiap tahun kita sediakan peruntukan ini bagi melancarkan urusan operasi dan keperluan penghuni rumah anak yatim ini,” katanya selepas menghadiri Majlis Penyerahan Sumbangan Hari Raya Kepada Anak-Anak Yatim RAYSAS.

Terdahulu Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah , mencemar duli menyantuni penghuni RAYSAS bagi menyalurkan sumbangan tunai RM9,300 dan set kain pelikat kepada 31 anak-anak yatim di Pantai Puteri Tanjung Kling di sini, semalam.

Mengulas lanjut Shaifulfazlee berkata pihaknya turut memberikan sumbangan kepada tiga rumah anak-anak yatim yang berdaftar di bawah MAIM.

“Kita juga ada memberi sumbangan kepada anak-anak yatim lain yang berdaftar dengan MAIM iaitu di Jasin, Rumah Anak-anak Yatim Darul Aitam Kampung Bukit Pegoh, Pernu dan Lembaga Pengurusan & Kebajikan Anak Yatim Miskin (PAYASUM) Sungai Udang.

“Diharap dengan sumbangan diberikan ini ia dapat menceriakan lagi hari anak-anak yang kurang bernasib baik ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

Kongsi :
Previous post BERKELAKUAN TIDAK SENONOH: DOKTOR DIBEBASKAN DENGAN JAMINAN POLIS
Next post BAZAR IKONIK BANDA HILIR PILIHAN PENGUNJUNG TEMPATAN, PELANCONG ASING