Sorting by

×

MAIM peruntuk RM69,000 untuk MINDA

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

BUKIT PALAH 24 Jun – Kerajaan Negeri menerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memperuntukan sebanyak RM69,000 bagi menjalankan aktiviti dan program sepanjang Minggu Dakwah (MINDA).

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, dana berkenaan akan digunakan untuk menjayakan program dan aktiviti dijadualkan di beberapa lokasi sekitar Melaka.

Katanya, antara dirancang setakat ini adalah program ziarah, imarah surau, kem solat, santuni rahmah dan korban kelompok.

“MINDA berslogankan ‘Melestari Dakwah Insani, Membangun Ummah Madani’ juga akan dianjurkan di perkampungan masyarakat Orang Asli selain saudara mualaf kita.

“Program dilaksanakan selama satu minggu sehingga 2 Julai turut melibatkan korban kelompok di setiap parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Program Minggu Dakwah (MINDA), Melestarikan Dakwah Insani, Membangun Ummah Madani di Auditorium Masjid Al Azim, di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Datuk Wira Md Rawi Mahmud.

Rahmad berkata, MINDA adalah program tahunan dilaksanakan di Negeri Melaka dengan objektif meneruskan usaha amar maaruf nahi mungkar dan memberikan kesedaran bahawa setiap orang bertanggungjawab menjalankan usaha dakwah.

“Selain itu, melaksanakan program dakwah secara menyeluruh dan mempelbagai usaha dakwah agar dapat menarik pelbagai minat lapisan masyarakat terhadap Islam,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2046
Kongsi :
Previous post ‘Gorgon’ sado tapi manja….
Next post Pasukan SAR laung azan sebelum jumpa Naufal dalam keadaan selamat
Ubah saiz-+=