Sorting by

×

MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

KESIDANG 19 April – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan Syawal untuk mualaf di negeri ini pada tahun ini.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM970,600 diperuntukkan bagi persediaan Ramadan, manakala RM87,900 lagi bagi bantuan Syawal.

Jelas beliau, bantuan persediaan Ramadan memberi manfaat kepada 2,228 mualaf, termasuk 128 daripadanya adalah kanak-kanak, manakala bantuan Syawal pula diberikan kepada 729 mualaf di negeri ini.

“Jumlah itu tidak termasuk dengan pelaksanaaan jamuan Aidilfitri dan pemberian duit raya kepada mualaf.

“Diharap bantuan ini ia sedikit sebanyak meringankan beban dan membantu mualaf negeri ini menyambut Ramadan dan Syawal tahun ini dengan penuh kesyukuran,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Mualaf Negeri Melaka di Kompleks Darul Huda Balai Islam MAIM, di sini, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha MAIM Shaifulfazlee Mohamad; Penolong Setiausaha Bahagian Balai Islam Kompleks Darul Huda MAIM, Mohd Nasir Wahab serta kenamaan lain.

Pada majlis tersebut, lebih 500 kanak-kanak turut diraikan dengan pemberian duit raya kepada anak-anak mualaf yang hadir.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

422
Kongsi :
Previous post MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
Next post TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA