MAIM perluas agihan wang fidyah ke sekolah

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

BANDA HILIR 24 Oktober – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) merekodkan kutipan fidyah sebabyak RM2.1 juta daripada Januari hingga September tahun ini.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata daripada jumlah tersebut, MAIM telah mengagihkan kutipan itu sebanyak RM397,000.

Katanya, wang fidyah terbabit diagihkan kepada pelajar-pelajar B40 di buah sekolaj rendah dan menengah di bawah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan institu pengajian tinggi (IPT).

“Pengagihan kepada pelajar dalam kalangan kurang berkemampuan di peringkat sekolah dan IPT ini perkara baharu dilaksanakan dan merupakan ilham dari Mufti negeri, Datuk Wira Abdul Halim Tawil bagi meluaskan skop agihan fidyah ini.

“Sebelum ini agihan fidah hanya tertumpu kepada golongan fakir miskin yang berdaftar dengan MAIM dan diagihkan kepada Japerun.

“Kita melihat ada keperluan membantu anak-anak ini dalam bentuk barang makanan dan perkara ini baharu diluluskan pada tahun ini dalam Mesyuarat Fatwa Negeri Melaka 2023,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas merasmikan Majlis ‘Jom Mengeteh Dengan Abang Beca’ di sebuah hotel di sini.

Mengulas lanjut, Rahmad berkata MAIM hanya mensasarkan 5 IPT iaitu Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM); Universiti Teknologi Mara (UiTM); Universiti Melaka (Unimel); Kolej Vokasional Melaka Tengah dan Institut Latihan Perindustrian (ILP).

“Melalui kelulusan yang ada MAIM mengagihkan kepada 100 pelajar di setiap IPT dengan nilai RM50 seorang selama 10 bulan.

“Kita juga agihkan wang fidyah kepada pelajar sekolah rendah dan agama di SABK secara one-off berjumlah RM150 kepada 14 sekolah yang melibatkan 70 pelajar dalam kalangan B40,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1318
Kongsi :
Previous post Melaka tubuh sekretariat WTD2025
Next post Op Pasar Borong, MPHTJ keluar enam kompaun
Ubah saiz-+=