MAIM cari mualaf yang berbakat
KESIDANG 12 Julai – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menganjurkan pertandingan Ihtifal Mahrajan Amal Islami Mualaf Peringkat Negeri Melaka 2024M/1446H yang bakal diadakan selama dua hari bermula 27 Julai ini.
Pertandingan yang akan diadakan di Kompleks Darul Huda, Balai Islam Melaka itu terbuka buat mualaf yang berdaftar dan memeluk Islam dalam tempoh 10 tahun bermula September 2014.
Pertandingan berbentuk keagamaan tersebut menampilkan pelbagai pengisian seperti hafazan, tilawah Al-Quran, tazkirah, kuiz, azan dan iqamat.
Antara syarat ditetapkan adalah mualaf tersebut perlulah merupakan warganegara atau pemastautin tetap yang berdaftar di bawah akta, enakmen mahupun ordinan negeri ini.
Bagi pertandingan tilawah misalnya, peserta mualaf terdiri daripada lelaki dan perempuan perlu membaca beberapa potongan ayat dalam Al-Quran dengan lancar serta diadili oleh juri professional.
Buat mualaf yang hebat menghafaz, mereka akan ‘ditebuk’ membacakan surah-surah pilihan mengikut dua peringkat cabaran.
Mualaf yang berminat digalakkan membuat penyertaan sebelum 19 Julai ini dengan mengisi link dilampirkan di kapsyen.
Maklumat lanjut mengenai pertandingan ini boleh merujuk di Facebook Majlis Agama Islam Melaka – Rasmi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
KERAJAAN MELAKA SEDIA BANTU ‘HIDUPKAN’ NUSA DUSUN KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 18 Januari - Kerajaan Negeri sedia membantu hampir 300 pemilik tanah-tanah terbiar di Nusa Dusun Orchard Resort, Kuala...
‘TAK PERLU LAGI TADAH BESEN’
KUALA LINGGI 18 Januari - Kepayahan yang dilalui sebuah keluarga nelayan di Kampung Telok Gong yang terpaksa menadah besen dan...
ALAMAT DIGITAL ‘MASA DEPAN’ UNTUK ORANG KAMPUNG
KUALA LINGGI 18 Januari - Pengenalan alamat digital dan kod QR lokasi rumah menerusi inisiatif Kampung Digital bakal memacu masa...
W.R.U.R: MENARA TELEKOMUNIKASI BAHARU, INTERNET PERCUMA UNTUK RAKYAT KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 18 Januari - Menara telekomunikasi baharu akan dibina di Kampung Telok Gong, di sini, bagi menambah baik jaringan...
W.R.U.R: KETUA MENTERI PROMOSI PRODUK MELAKA HARI INI
KUALA LINGGI 18 Januari - Melaka Hari Ini Sdn Bhd antara syarikat, jabatan dan agensi yang terlibat pada Program Wakil...
W.R.U.R BERI KESAN MENDALAM KEPADA RAKYAT
KUALA LINGGI 18 Januari - Edisi sulung Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) telah memberi kesan mendalam kepada penduduk Dewan...