
MAIM CAKNA PENDIDIKAN ANAK ASNAF
AYER KEROH 17 Disember – Umat Islam di negeri ini diminta supaya ambil tahu dan cakna mengenai anak asnaf dalam komuniti atau kejiranan mereka yang tidak bersekolah akibat ketidakmampuan keluarga.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, Kerajaan Negeri termasuk menerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) amat mementingkan aspek pendidikan anak-anak Melaka terutama yang melibatkan asnaf.
“Sekiranya ada maklumat mengenai anak-anak jiran yang tidak bersekolah kerana ibu bapa tidak mampu dan bukan dalam pengetahuan kita (MAIM) diminta untuk maklum dengan segera.
“Boleh juga salurkan maklumat ini kepada Japerun di Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing, insya-Allah kita akan bantu,” katanya ketika berucap pada Program Jom Ke Sekolah Bagi Anak-Anak Asnaf Fakir, Miskin dan Mualaf MAIM Sesi 2025M/1446H di Dewan Datuk Demang Hussin, di sini, 14 Disember lalu.
Hadir sama pada majlis itu Setiausaha MAIM, Shaifulfazlee Mohamad dan Pengurus Besar MAIM Holdings Berhad, Zohaime Muhamad Sori.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KES BUNUH WANITA DAN ANAK SAUDARA, POLIS RAKAM KETERANGAN LIMA SAKSI
KUALA LUMPUR 27 April - Lima saksi termasuk jiran serta ahli keluarga seorang wanita dan anak saudaranya yang ditemukan mati...
BERAYA DI DUYONG JADI TRADISI RAKYAT SETIAP TAHUN
DUYONG 27 April - Jamuan Raya Tak Rileks@DUYONGKita membuktikan bahawa penganjuran itu bukan sekadar majlis untuk bersama-sama meraikan Aidilfitri bukan,...
BUKTIKAN ANDA JUGA BOLEH BERJAYA – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 27 April - Percaya kepada diri sendiri, bersemangat untuk terus belajar, menerima nasihat dan sentiasa berusaha memperbaiki diri...
MELAKA KOMITED MENCORAK PEMIMPIN MUDA BERWIBAWA
TANJUNG BIDARA 27 April - Melahirkan lebih ramai pemimpin muda berwibawa dan kaya dengan pelbagai idea segar yang mampu memberikan...
‘BUKAN RAYA BIASA’
DUYONG 27 April - Jamuan Raya Tak Rileks@DUYONGKita membuktikan bahawa suasana Hari Raya Aidilfitri bukan sekadar satu acara biasa, tetapi...
LALUAN SEHALA DI PEKAN DURIAN TUNGGAL
DURIAN TUNGGAL 27 April - Pekan Durian Tunggal akan menjadi laluan sehala dalam usaha mengatasi masalah kesesakan trafik yang sudah...