Sorting by

×

MAIM CAKNA KEBAJIKAN ASNAF, AGIH LEBIH RM102 JUTA DANA ZAKAT

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat

BUKIT BARU 28 September – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mengagihkan sejumlah RM102,698,408.29 dana zakat bagi tempoh Januari sehingga Ogos tahun ini.

Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Shaifulfazlee Mohamad berkata, daripada jumlah itu, pelbagai usaha telah dilakukan MAIM dalam menjaga kebajikan asnaf di Negeri Melaka.

“Ini termasuklah bantuan baharu diperkenalkan tahun ini yang mana terdapat 29 skim bantuan agihan zakat yang diperkenalkan sama ada secara bulanan, tahunan dan one-off.

“Antara bantuan bulanan diterima asnaf fakir miskin MAIM adalah bantuan makanan bulanan, saraan anak sekolah, saraan anak IPT, bantuan skim simpanan (fakir), bantuan sakit kronik, bantuan rawatan dialisis dan bantuan jagaan orang tua terlantar.

“Mengikut rekod MAIM sehingga Ogos lalu seramai 8,623 asnaf di Negeri Melaka telah mendapat manfaat daripada dana zakat ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Apresiasi dan Dialog Ramah Mesra Setiausaha MAIM Bersama Pembekal Bantuan Makanan Bulanan MAIM di Dewan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) di sini, hari ini.

Menurut Shaifulfazlee, MAIM juga menambah baik beberapa skim bantuan bagi membantu rakyat di negeri ini yang terkesan akibat kos sara hidup yang semakin tinggi.

“Selain itu, keprihatinan MAIM terhadap kos sara hidup yang semakin menekan, maka terdapat skim bantuan ditambah baik melalui kenaikan kadar baharu atau dan skim baharu diperkenalkan pada tahun ini.

“Antara skim bantuan yang ditambah baik dan baharu adalah kadar bantuan makanan bulanan (asnaf fakir) daripada RM300 kepada RM400, kadar bantuan sakit kronik (asnaf miskin) dari RM150 kepada RM200, selain bantuan bayaran cucian luka, bantuan bayaran ambulans dan bantuan ibu bersalin,” katanya.

Pada majlis itu turut diadakan penyampaian Anugerah Tahun 2024 kepada sembilan Pembekal Bantuan Makanan Bulanan MAIM.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

489
Kongsi :
Previous post DEWAN SELERA, KAFETERIA MRSM TERENDAK DIARAH TUTUP DUA MINGGU
Next post MBMB RANGKUL ANUGERAH KHAS MOST GREEN IMPACT, ZON BEBAS KENDERAAN DIJADIKAN PENANDA ARAS
Ubah saiz-+=