Sorting by

×

MAIM BERI PELUANG ASNAF JANA PENDAPATAN TAMBAHAN

Masa Membaca:56 Saat

AYER KEROH 18 November – Bukan hanya menyantuni dan menyalurkan sumbangan kepada asnaf sebaliknya Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) turut membuka peluang kepada golongan itu menjana pendapatan tambahan sebagai sukarelawan MAIM.

Setiausaha MAIM, Shaifulfazlee Mohamad berkata, sebagai sukarelawan asnaf akan menerima elaun bulanan sebanyak RM520 dan pada masa yang sama turut dibantu untuk mendapatkan pekerjaan.

Katanya, menerusi inisiatif itu Sukarelawan akan ditempatkan di surau, masjid atau premis seliaan MAIM dengan masa bertugas yang fleksibel.

“Masa bertugas yang fleksibel ini membolehkan sukarelawan menguruskan keluarga masing-masing. Mungkin dalam kalangan sukarelawan ini mempunyai ahli keluarga memerlukan perhatian seperti pesakit terlantar.

“Tujuan kita adalah untuk membantu penerima bantuan ini menjana sumber pendapatan sampingan dan meringankan beban ditanggung,” katanya.

Menurutnya, sebagai agensi yang bertanggungjawab dalam mengurus dan membantu golongan memerlukan khususnya asnaf, MAIM sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik.

“Ada dalam kalangan asnaf ini sebenarnya mahu bekerja namun berdepan kekangan masa, menerusi Program ini mereka hanya bekerja sekitar empat jam sahaja setiap hari.

“Kita bukan hanya memberi sumbangan sahaja tetapi penerima juga turut dapat menyumbang tenaga, ia seperti serampang dua mata,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

138
Kongsi :
Previous post MELAKA TARIK DARJAH KEBESARAN PENGERUSI EKSEKUTIF GISBH
Next post 11 DITAHAN DALAM SERBUAN STOR KETUM DAN UBAT BATUK
Ubah saiz-+=