MAIM bantu mualaf lanjut pengajian tinggi

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

KESIDANG 19 Julai – “Sebagai mualaf saya amat terharu dan berterima kasih atas bimbingan dan sumbangan diberikan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dalam membantu mempersiapkan saudara baru menjadi Muslim sejati,” itu kata Qaseh Qhatijah Tan.

Qaseh Qhatijah, 31, kini menyambung pengajian di peringkat diploma dalam bidang Pengajian Islam dan Pendidikan berkata, tidak menyangka akan menerima elaun bulanan daripada bagi menampung keperluan sepanjang mengikuti kursus itu.

Katanya, melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT) adalah satu rahmah yang besar buat dirinya yang ketika ini hanya memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).

“Selepas 10 tahun tamat pengajian peringkat SKM saya diberi peluang untuk ambil diploma. Saya berasa amat bertuah kerana MAIM begitu prihatin akan nasib saudara baru, kami dibantu dalam pelbagai bentuk.

“Malah sepanjang menyambung pelajaran ini bermula 2021 saya turut menerima elaun bulanan, jika dulu hanya RM300 tetapi kini dinaikkan sebanyak RM600.

“Bantuan elaun ini amat membantu meringankan perbelanjaan dalam saya menyiapkan tugasan dan membeli buku,” katanya ketika ditemui di Kompleks Darul Huda, Balai Islam, semalam.

Menurut anak kelahiran Ranau, Sabah itu, dia amat bersyukur kerana menjadi antara tiga individu yang terpilih untuk melanjutkan pelajaran dengan yuran ditaja oleh Hidayah Centre Foundation.

“Peluang ini mungkin hanya sekali dalam hidup, jadi saya cuba cabar diri untuk buktikan saya boleh berjaya.

“Malah ini juga amanah yang perlu saya tunaikan sebaik mungkin dalam menghargai bantuan kewangan yang diberikan bukan sahaja daripada Hidayah Centre Foundation tetapi juga MAIM,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1005
Kongsi :
Previous post Lelaki Maghribi mengaku bersalah cabul juruterapi Spa
Next post Kru kapal warga India terjatuh di perairan Melaka
Ubah saiz-+=