
MAIM ANJUR ‘FREE MARKET’ DI MERLIMAU, ESOK
AYER KEROH 22 Januari – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan menganjurkan program Free Market di perkarangan Pejabat FAMA, daerah Jasin, Kampung Ayer Tawar, Merlimau, esok.
Program anjuran Badan Sukarelawan Al-Taqwa (BSAT) MAIM itu diadakan bersempena Jualan Agro Madani yang dianjurkan FAMA Melaka.
MAIM dalam satu kenyatan memaklumkan program tersebut dijadual bermula pada jam 8 pagi hingga 12 tengah hari.
Jelas MAIM, orang ramai hanya perlu membawa beg plastik atau beg kitar semula sendiri bagi mengambil barangan keperluan asas seperti pakaian dan pelbagai barangan terpakai yang disediakan secara percuma.
Bagaimanapun, pemberian itu khusus untuk golongan asnaf dan mereka yang tergolong di bawah keluarga B40.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi BSAT di talian 010-8717030 atau 06-2868109.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KES BUNUH WANITA DAN ANAK SAUDARA, POLIS RAKAM KETERANGAN LIMA SAKSI
KUALA LUMPUR 27 April - Lima saksi termasuk jiran serta ahli keluarga seorang wanita dan anak saudaranya yang ditemukan mati...
BERAYA DI DUYONG JADI TRADISI RAKYAT SETIAP TAHUN
DUYONG 27 April - Jamuan Raya Tak Rileks@DUYONGKita membuktikan bahawa penganjuran itu bukan sekadar majlis untuk bersama-sama meraikan Aidilfitri bukan,...
BUKTIKAN ANDA JUGA BOLEH BERJAYA – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 27 April - Percaya kepada diri sendiri, bersemangat untuk terus belajar, menerima nasihat dan sentiasa berusaha memperbaiki diri...
MELAKA KOMITED MENCORAK PEMIMPIN MUDA BERWIBAWA
TANJUNG BIDARA 27 April - Melahirkan lebih ramai pemimpin muda berwibawa dan kaya dengan pelbagai idea segar yang mampu memberikan...
‘BUKAN RAYA BIASA’
DUYONG 27 April - Jamuan Raya Tak Rileks@DUYONGKita membuktikan bahawa suasana Hari Raya Aidilfitri bukan sekadar satu acara biasa, tetapi...
LALUAN SEHALA DI PEKAN DURIAN TUNGGAL
DURIAN TUNGGAL 27 April - Pekan Durian Tunggal akan menjadi laluan sehala dalam usaha mengatasi masalah kesesakan trafik yang sudah...