
MAHASISWA UTEM SANTUNI ASNAF, GELANDANGAN KOTA RAYA
DURIAN TUNGGAL 13 Januari – Kelab TUAH Volunteer Team (TVT) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menyantuni golongan asnaf dan gelandangan menerusi program kemasyarakatan di sekitar Menara Raja Laut, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UTeM, Profesor Madya Datuk Dr. Sabri Mohamad Sharif berkata, program itu membuktikan bahawa mahasiswa UTeM sentiasa prihatin dan komited dalam menyumbang kepada masyarakat.
“Program ini melibatkan seramai 28 orang mahasiswa dan mahasiswi UTeM yang bersama-sama menjayakan aktiviti berbentuk khidmat komuniti.
“Sebagai wakil UTeM saya berpeluang hadir bagi menyantuni golongan asnaf dan gelandangan melalui pelbagai aktiviti bermanfaat.
“Antaranya ialah pengedaran juadah makanan, barangan keperluan harian serta pakaian sumbangan kepada mereka yang memerlukan,” katanya.
Menerusi program itu juga mahasiswa UTeM sempat melawat Rumah Ilmu dan Transit Gelandangan Jejak Jalanan yang menjadi pusat pembelajaran bagi anak-anak asnaf.
Katanya, anak-anak asnaf berkenaan diberikan peluang untuk menimba pelbagai ilmu, termasuk ilmu agama demi masa depan yang lebih cerah.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘BUKAN RAYA BIASA’
DUYONG 27 April - Jamuan Raya Tak Rileks@DUYONGKita membuktikan bahawa suasana Hari Raya Aidilfitri bukan sekadar satu acara biasa, tetapi...
LALUAN SEHALA DI PEKAN DURIAN TUNGGAL
DURIAN TUNGGAL 27 April - Pekan Durian Tunggal akan menjadi laluan sehala dalam usaha mengatasi masalah kesesakan trafik yang sudah...
PPSPM SUSUN PELBAGAI ACARA MENJELANG WTD 2025
BANDARAYA MELAKA 27 April - Pelbagai program menarik sedang disusun Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) bagi bersama-sama memeriahkan...
‘RAYA TAK RILEKS’ DUYONG KENA SERBU
DUYONG 27 April - Suasana penghujung Syawal terus membara di Duyong apabila lebih 10,000 pengunjung membanjiri Jamuan Raya Tak Rileks...
KBS LUPUS 30 GELANGGANG FUTSAL TERBIAR, KERUGIAN CECAH RM12 JUTA
MELAKA, 26 April - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah melupus dan merobohkan 30 gelanggang sukan yang tidak diselenggara dengan...
NYAMUK BERWOLBACHIA KURANGKAN 70 PERATUS KES DENGGI DI MELAKA
TELOK MAS 26 April - Projek pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia di empat lokaliti di Negeri Melaka berjaya menurunkan 70 peratus...