
Mahasiswi maut digilis treler
BACHANG 12 Jan. – Seorang penuntut institusi swasta maut digilis treler dalam kejadian berdekatan Jalan Pokok Mangga, di sini, sekitar jam 8.20 pagi pagi tadi.
Mangsa, Nur Asyikin Binti Razali,22, yang belajar di Bangi disahkan mati di tempat kejadian akibat parah di kepala.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian mangsa menunggang motosikal dari arah Plaza Pandan Malim menuju ke arah lampu isyarat Pokok Mangga.
Katanya, sebaik tiba di lokasi motosikal ditunggangi mangsa dikatakan bergesel dengan treler menyebabkannya hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan.
“Mangsa yang hilang kawalan kemudiannya merempuh pula tong sampah di situ dan terjatuh sebelum digilir treler itu.
“Mangsa yang cedera di kepala disahkan maut di tempat kejadian oleh pegawai perubatan dan mayatnya dibawa ke Unit Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat,” katanya.
Hasan berkata, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan saksi kejadian diminta tampil membantu siasatan.
Views:
Related

Berita Lain
ZIARAH KASIH DUN KESIDANG: ALLEX SAMPAIKAN BANTUAN AIDILFITRI
KESIDANG 17 Mac - Kunjungan peserta program Ziarah Kasih Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang, mencetus keceriaan kepada lima penerima bantuan...
KEMBALIKAN NOSTALGIA MEMASAK BUBUR LAMBUK
TANJUNG BIDARA 17 Mac - Kehadiran Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh memeriahkan lagi suasana penganjuran Program Berlaga...
ANAK YATIM JENTIK HATI KENG CHIA PELUK ISLAM
KESIDANG 17 Mac - Keindahan cara kehidupan Islam yang tertib dan teratur diamalkan anak-anak yatim yang dijaganya 'menjentik' hati lelaki...
SWM KONGSI KEGEMBIRAAN RAMADAN
Oleh: Azwani Mohammad AYER KEROH 17 Mac - SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) berkongsi kegembiraan dan keceriaan bersama golongan...
RM8 JUTA BAIK PULIH 13 KLINIK KESIHATAN DAIF DI MELAKA
DUYONG 17 Mac - Sejumlah RM8 juta diperuntukkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi melaksanakan kerja-kerja baik pulih 13 buah klinik...
TUMBUK KEPALA PENUNGGANG MOTOSIKAL, LELAKI DITAHAN POLIS
AYER KEROH 17 Mac - Seorang lelaki ditahan selepas disyaki memukul kepala seorang penunggang motosikal yang sedang berhenti di persimpangan...