Mahasiswa benci rasuah

Masa Membaca:1 Minit, 35 Saat

DURIAN TUNGGAL 20 Julai – Kira-kira 100 mahasiswa dalam kalangan penuntut institusi pendidikan tinggi (IPT) di negeri Melaka diberi pendedahan tentang keburukan gejala rasuah menerusi kempen Mahasiswa Bitara Benci Rasuah.

Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) Prof Datuk Ts. Dr. Massila Kamalrudin berkata, kempen anjuran bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka, itu diadakan bersempena Minggu Antirasuah.

Katanya, matlamat program ini agar siswa dan siswi ‘cakna’ tentang tentang kepentingan menolak rasuah amat bertetapan.

“Saya difahamkan program ini julung kali diadakan dan UTeM diangkat sebagai tuan rumah yang pertama dalam kalangan IPT di Melaka ini.

“Saya yakin program seperti ini amat bermanfaat kepada kita semua khususnya dalam usaha untuk memberi kesedaran kepada generasi muda tentang kepentingan menjaga integriti.

“Mahasiswa sebagai belia negara perlu berani menyahut cabaran membenci rasuah sebagai benteng untuk mempertahankan amanah, menegakkan kebenaran sekaligus menjadikan negara bebas rasuah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian Kempen Mahasiswa Bitara Benci Rasuah, di Bangunan Canselori UTeM, hari ini.

Terdahulu, perasmian disempurnakan Pengarah SPRM Melaka Adi Supian Shafie dan hadir sama Naib Canselor Universiti Islam Melaka (UNIMEL) Prof Datuk Dr. Ts. Mohd Taib Dora serta Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni) Prof Madya Datuk Dr. Sabri Mohamad Sharif .

Sementara itu, Adi Supian berkata, kempen dijalankan itu bukan hanya sekadar program biasa sebaliknya merupakan satu platform yang amat penting dalam usaha menyemai dan nenanam nilai integriti dalam kalangan mahasiswa.

“Dalam dunia yang semakin kompleks dan penuh cabaran ini, menjadi tanggungjawab bersama bagi memastikan mahasiswa khususnya dilengkapi kesedaran, pengetahuan serta alat untuk menolak segala bentuk rasuah.

“Kesedaran ini amat penting bagi memastikan mahasiswa dapat menjadi pemimpin yang beretika dan bertanggungjawab dalam setiap tindakan diambil mereka,” katanya.

Jelasnya, pada kempen itu sebanyak 10 IPT dalam Melaka terbabit antaranya, UNIMEL, Institut Pendidikan Guru Perempuan Melayu Melaka, Kolej Profesional MARA Bandar Melaka dan Ayer Molek serta Institut Kemahiran MARA (IKM) Jasin.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

154
Kongsi :
Previous post Pertabalan Sultan Ibrahim junjung tradisi Kesultanan Melayu
Next post MEKAR suntik 58 keluarga asnaf Melaka Tengah
Ubah saiz-+=