MAHA 2024: PAVILION MELAKA CATAT NILAI JUALAN LEBIH RM6,000 PADA HARI PERTAMA

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

SERDANG 12 September – Pavilion Negeri Melaka atau Rumah Melaka merekodkan jualan pelbagai produk usahawan negeri ini berjumlah RM6,321.50 pada hari pertama Sambutan Edisi ke-100 Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, Selangor, semalam.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, Kerajaan Negeri menyasarkan nilai jualan sebanyak RM80,000 di Pavilion Melaka sepanjang penganjuran MAHA 2024 bermula semalam hingga 22 September ini.

“Saya harap semua usahawan Melaka yang mengambil bahagian pada MAHA 2024 merebut peluang memperkenal dan mempromosikan produk keluaran masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Pavilion Negeri Melaka pada MAHA 2024 di MAEPS Serdang di sini, hari ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azhar Arshad; Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh; Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri, Datuk Kalsom Noordin; Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Wira Salhah Salleh, barisan Timbalan Exco Kerajaan Negeri serta lain-lain para kenamaan.

Mengulas lanjut, Ab Rauf berkata penglibatan Pavilion Negeri Melaka kali ini adalah untuk memperkenalkan lebih banyak produk-produk baharu.

“MAHA kali ini ada peningkatan dalam penambahbaikan dalam memperkenalkan produk baharu pengusaha-pengusaha kecil Melaka.

“Saya yakin ini adalah ruang terbaik untuk usahawan tempatan mengetengahkan produk diusahakan, seterusnya sebagai jambatan melebarkan pasaran hingga ke peringkat antarabangsa,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

4290
Kongsi :
Previous post EKSPEDISI TEROKA PRODUK PELANCONGAN ALOR GAJAH
Next post MOTOSIKAL, BARANGAN ELEKTRIK MENANTI PENGUNJUNG BERTUAH PESTA PANTAI TANJUNG BIDARA 2024
Ubah saiz-+=