
Mad Said, isteri pulih daripada COVID-19
kUALA TERENGGANU 30 Jan. – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu Datuk Seri Ahmad Said disahkan pulih sepenuhnya daripada COVID-19 dan dibenarkan pulang 6.30 petang tadi.
Turut dibenarkan keluar dari Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) adalah isteri beliau, Toh Puan Seri Norliza Mahmud.
Bekas Menteri Besar Terengganu itu ketika dihubungi Bernama, menzahirkan rasa syukur kerana keadaan kesihatannya bertambah baik setelah kehilangan deria bau dan rasa baru-baru ini.

“Terima kasih kepada semua petugas kesihatan di HSNZ yang memberi rawatan terbaik kepada saya dan keluarga. Begitu juga kepada semua pihak yang mendoakan kesihatan kami sekeluarga, terima kasih banyak-banyak,” katanya.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal disahkan positif wabak itu pada 19 Januari lalu selepas membuat ujian calitan berikutan berasa kurang sihat ketika berkebun beberapa hari sebelum itu.
Views:
Related

Berita Lain
BEKAS WARTAWAN MELAKA HARI INI MENINGGAL DUNIA
ALOR GAJAH 15 Mac - Bekas wartawan sambilan Melaka Hari Ini, Jaafar Neemat meninggal dunia di Hospital Alor Gajah, hari...
TUJUH TERNAKAN DILELONG JIKA TIDAK DITUNTUT – MPAG
ALOR GAJAH 15 Mac – Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) menangkap tujuh ekor ternakan dikesan berkeliaran sekitar Taman Datuk Setia,...
MCMC FOKUS PERANGI ISU PENYALAHGUNAAN MEDIA SOSIAL
MACHAP JAYA 15 Mac - Isu penyalahgunaan media sosial seperti membuat hantaran jelik berkaitan isu 3R (Race, Religion dan Royalty)...
TANDA KASIH DAN SAYANG MPHTJ
AYER KEROH 15 Mac - Seramai 120 anak yatim dan asnaf di dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya...
225 PENIAGA TAWAR MENU RAHMAH DI BAZAR RAMADAN MELAKA
DUYONG 15 Mac - Seramai 225 peniaga secara sukarela mendaftar dan menawarkan menu bawah RM5 di tiga Bazar Ramadan RAHMAH...
HANYA 30 PERATUS RAKYAT MELAKA SELESA BERBELANJA CARA DIGITAL
DUYONG 15 Mac - Kerajaan Negeri akan terus memperkasa penggunaan transaksi digital tanpa tunai dalam kalangan pengguna Pasar Ramadan seluruh...