M-WEZ: ‘Tiada Rakyat Yang Terpinggir’ – KM

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

Bukit Jalil 8 April – Pembangunan koridor ekonomi berimpak tinggi, Melaka Waterfront Economic Zone (M-WEZ) diyakini mampu melestarikan dan memastikan tiada rakyat di negeri ini yang akan dipinggirkan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, projek koridor pesisir pantai di kawasan seluas 10,117 hektar (25,000 ekar) sepanjang 33 kilometer itu menjadi bakal menjadi pemacu kepada pembangunan berimpak tinggi termasuk penaiktarafan lebuh raya baharu.

Menurutnya, dengan adanya M-WEZ, ia akan mewujudkan infrastruktur lebuh raya persisir pantai atau ‘Coastal Highway’ dari arah utara hingga selatan Melaka, sekali gus menyaksikan tiada satu daerah pun akan tercicir.

“Projek Koridor Ekonomi Pesisiran Pantai ini berbeza dengan koridor-koridor yang terdapat ni negara ini. Mereka ini di kawasan daratan, tetapi ini berada di kawasan tepian pantai.

“Jadi tepian pantai yang nak kita bangunkan ini nanti di mana telah diumumkan bahawa ada pembinaan ‘coastal highway’ yang akan melintasi sepanjang tepian pantai dan menghubungkan rakyat ke M-WEZ ini nanti. Jadi tidak ada mana- mana daerah yang akan terpinggir”, katanya.

Beliau berkata demikian ketika diwawancara menerusi program Agenda Awani, Bukit Jalil, di sini, malam tadi.

Mengulas mengenai sudut perbelanjaan terhadap projek mega membabitkan pelaburan RM100 bilion, jelasnya, perkara itu bukanlah masalah yang besar kerana ia dijangka bakal memberi limpahan ekonomi kepada pelabur-pelabur dari seluruh negara.

Koridor ekonomi baharu berimpak tinggi Melaka Waterfront Economic Zone (M-WEZ) akan dilancarkan pada esok, 8 April 2021 dijangka bakal menjadi penggerak ekonomi baharu dalam tempoh 30 tahun akan datang.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

452
Kongsi :
Previous post Polis siasat sekumpulan anggota merokok di kedai makan
Next post Pemilihan awal ‘abang sado’ ke Sukan SEA 2021 Ahad ini
Ubah saiz-+=