
M-WEZ: Sulaiman mahu Melaka setaraf Singapura
MELAKA 16 Nov – Pembangunan koridor ekonomi pesisir pantai (M-WEZ) bakal menjadi pemangkin ekonomi baharu untuk Melaka pada masa akan datang, kata Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.
Katanya, pembangunan itu juga mampu menjadikan Melaka setanding Singapura dan Pulau Pinang yang kini maju dalam sektor ekonomi meskipun bentuk muka bumi yang kecil.
“Kita nak jadikan Melaka bukan sahaja lokasi pelancongan hujung minggu tetapi sebuah pusat perniagaan baharu.
“M-WEZ inilah yang akan menjadi pemangkin ekonomi akan datang, bukan untuk saya tetapi untuk rakyat dan generasi akan datang.
“Saya mahu Melaka jadi seperti Singapura dan Pulau Pinang, walaupun kecil dan mempunyai saiz muka bumi yang sama serta tiada hasil bumi, tetapi boleh maju ke depan.
“Untuk mengulangi kegemilangan Melaka suatu ketika dahulu, kita mesti ada satu pelabuhan, supaya limpahan ekonominya nanti dapat dirasai rakyat negeri ini,” katanya dalam siaran langsung Soal Rakyat di TV3, hari ini.
Mengulas lanjut, Sulaiman turut melaungkan keyakinan M-WEZ yang sedang dirancang berupaya mewujudkan ribuan peluang pekerjaan kepada rakyat negeri ini apabila beroperasi kelak.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LEBIH RM145,000 SINARI RAMADAN DUN TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 5 Mac - Sejumlah lebih RM145,000 disalurkan Kerajaan Negeri bagi menyampaikan sumbangan Ramadan di Dewan Undangan Negeri (DUN)...
PROMOSI KEUNIKAN MELAKA DI BERLIN
AYER KEROH 5 Mac - Penyertaan Melaka dalam Internationale Tourismus-Börse (ITB) Berlin 2025 iaitu pameran berkaitan pelancongan dan perdagangan terbesar...
HOLIDAY INN MELAKA SANTUNI 30 ANAK YATIM BERBUKA PUASA
BANDARAYA MELAKA 5 Mac - Seramai 30 anak yatim dari Rumah Anak Yatim Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah (RAYSAS), Pantai...
ANAK LAMBAT BERCAKAP, ADAKAH ITU AUTISME?
Oleh: DR. ADAM AL ANAS BIN MAT ALI Pakar Kanak-kanak Putra Specialist Hospital, Melaka DALAM dunia keibubapaan, perkembangan bahasa anak...
MELAKA PANTAU KEBERSIHAN PASAR RAMADAN
PENGKALAN BATU 5 Mac - Kesemua pasar Ramadan yang beroperasi di negeri ini akan dipantau secara berterusan oleh Jabatan Kesihatan...
MELAKA BENARKAN JUALAN BUNGA API, MERCUN 20 HARI SEBELUM RAYA
AYER KEROH 5 Mac - Polis Melaka membenarkan penjualan mercun dan bunga api secara terbuka bermula Selasa depan. Ketua Polis...