Luka meragukan di tubuh mangsa, polis klasifikasi sebagai kes bunuh

Masa Membaca:52 Saat

KUALA LUMPUR, 20 Dis – Polis mengklasifikasikan kes satu mayat ditemukan terbaring di tepi jalan di Batang Kali-Selayang, Ulu Yam dekat sini pada Sabtu lepas sebagai kes bunuh, berikutan terdapat kecederaan meragukan ke atas tubuh mangsa.

Susulan itu Ketua Polis Daerah Gombak ACP Zainal Mohamed Mohamed berkata polis menyiasat kes berkenaan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Identiti mayat belum diketahui itu yang menerusi bedah siasat menemui kesan lebam di kedua-dua mata dan kesan bengkak di bahagian dahi,” katanya ketika dihubungi malam ini (malam tadi).

Zainal Mohamed berkata keluarga atau waris yang kehilangan ahli keluarga atau orang awam mempunyai maklumat berkaitan kes, diminta tampil membantu menyalurkan maklumat kepada pegawai penyiasat ASP R. Kolanthaivelu di talian 019-2579232 bagi membantu siasatan.

Pada 18 Dis lepas, mayat wanita ditemui terbaring di tepi jalan dan ditutup dengan sehelai kain selimut warna merah jambu serta sehelai kain berwarna putih.

Tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemukan di tempat kejadian dan mangsa dipercayai merupakan warga asing.- BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1117
Kongsi :
Previous post Isu banjir di Taman Sri Muda perlu diselesaikan segera – PM
Next post Banjir: 14 korban direkodkan di seluruh negara
Ubah saiz-+=