
Luis Suarez dijangkiti covid-19
ANKARA 17 Nov. – Pemain pasukan kebangsaan Uruguay yang juga bintang kelab Atletico Madrid, Luis Suarez, disahkan dijangkiti COVID-19 pada Isnin, lapor Agensi Anadolu.
Perkara itu disahkan Persatuan Bola Sepak Uruguay (AUF) menerusi satu kenyataan.
Suarez, 33, Â kemungkinan akan terlepas perlawanan Liga Sepanyol menentang Barcelona di Stadium Wanda Metropolitano di Madrid, Sabtu ini.
Selain itu, penjaga gol pasukan kebangsaan Rodrigo Munoz dan pegawai akhbar Matias Faral juga diuji positif virus itu.
AUF berkata ketiga-tiga berada dalam keadaan baik dan sedang menjalani langkah-langkah pencegahan yang perlu.
— BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
TUJUH DEKAD PERZIM LESTARI WARISAN, PERKUKUH IDENTITI BANGSA
AYER KEROH 12 Mac - Selama tujuh dekad, Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memainkan peranan besar sebagai sebuah institusi yang bukan...
AGIHAN 6,000 KUPON E-DOMPET DI PASAR RAMADAN TAMAN SERI DUYONG
AYER KEROH 12 Mac - Orang ramai berkunjung ke Pasar Ramadan Rahmah Taman Seri Duyong dari 11 hingga 15 Mac...
PENSYARAH UITM MAUT MOTOSIKAL REMPUH LORI
JASIN 11 Mac - Pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Jasin maut selepas motosikal ditungang terbabit kemalangan dengan sebuah lori...
MPAG EDAR LEBIH 800 BUNGKUS BUBUR LAMBUK
ALOR GAJAH 11 Mac - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) mengagihkan lebih 800 bungkus bubur lambuk kepada orang ramai dan...
KPDN LANCAR OPS CAMPUR, 300 KAMPIT BERAS DIRAMPAS
PUTRAJAYA 11 Mac - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melancarkan Ops Campur bermula semalam, bagi tindakan...
NELAYAN TERJATUH DI PERAIRAN PULAU TIKUS DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA
GEORGE TOWN 11 Mac - Seorang nelayan tempatan yang dipercayai terjatuh ke dalam laut di perairan berdekatan Pulau Tikus, di...