Sorting by

×

LUC bakal buka cawangan di Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 20 Saat

AYER KEROH 23 Mac – Kolej Universiti Lincoln (LUC) bakal membuka kampus cawangannya di negeri ini bagi memperluas peluang pendidikan dalam bidang penyelidikan, inovasi dan komersial.

Difahamkan pelbagai perancangan diatur bagi menjayakan rancangan itu menerusi pertemuan delegasi kolej universiti terbabit termasuk pemeteraian Surat Hasrat (LOI) bersama agensi terpilih di negeri ini.

Penyelaras Program Lawatan Rasmi LUC ke Melaka, Datuk Dr. Sabri Mohamad Sharif ketika dihubungi Melaka Hari Ini (MHI) tidak menolak kemungkinan itu, namun menegaskan perbincangan lanjut akan diadakan selepas ini.

Katanya, pengajian dalam sektor kedoktoran, farmasi, sains bersekutu dan pergigian antara pengajian relevan yang perlu dikembangkan di negeri ini.

“Hasil lawatan di Bangunan Wisma Seri Negeri lama, Jalan Hang Tuah delegasi itu dilihat berminat bagi menjadikan kampus cawangan di situ.

“Bagaimanapun saya difahamkan kerajaan negeri akan mencadangkan beberapa bangunan yang lain yang bersesuaian dengan bidang pengajian yang akan ditawarkan,” katanya.

Beliau memaklumkan pelbagai kerjasama pendidikan akan dijalin bersama dengan institusi lain termasuk Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM), Kolej Sains dan Teknologi Antarabangsa Melaka (MiCoST), Institut Tun Perak dan Hospital Pakar Putra (PSH).

“Menerusi kerjasama ini ia akan merancakkan pendidikan, penyelidikan dan inovasi di Melaka dengan kerjasama institusi terlibat.

“Pelbagai perancangan lain turut ditumpukan termasuk usaha menaikkan rangking KUIM ke arah lebih baik dalam pembentukan universiti penuh tidak lama lagi,” katanya.

Semalam, delegasi LUC diketuai Pro Canselornya, Profesor Datuk Bibi Florina Abdullah mengadakan kunjungan rasmi dengan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Ali di Seri Negeri.

Kunjung hormat diadakan itu memeterai LOI dengan empat agensi iaitu KUIM, MiCoST, ITP dan PMH bagi memacu sistem pendidikan berkualiti di negeri ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

436
Kongsi :
Previous post Sulaiman kongsi dasar dan hala tuju PSMJ 2035 dan M-WEZ dengan Muhyiddin
Next post Ketua Menteri terima kunjungan Presiden PAS
Ubah saiz-+=