Sorting by

×

LUASKAN PASARAN AIR KOTAK BUAH MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

BANDA HILIR 13 Oktober – Air kotak jus buah Melaka atau juga dikenali sebagai gusberi akan terus diperluaskan lagi pasarannya selain dipromosikan sebagai minuman yang menggambarkan identiti negeri ini.

Pegawai Pemasaran Perbadanan Teknologi Melaka (MBC), Muhammad Naimmi Ismail berkata, produk dipasarkan menggunakan jenama ‘Melberic’ itu mula dijual di pasar raya sekitar Negeri Melaka dan secara dalam talian sejak tujuh bulan lalu.

Muhammad Naimmi berkata, pihaknya memanfaatkan penganjuran Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) untuk mempromosikan minuman itu dan diharap usaha dilaksanakan akan menarik minat rakyat negara ini untuk tahu serta memahami sejarah Melaka dengan lebih mendalam.

“Minuman ini menawarkan citarasa yang unik iaitu masam berhujung kelat, ia menggunakan campuran madu lebah, apa yang menarik Melberic adalah minuman anti oksidan yang kaya dengan vitamin C.

“Ini merupakan produk baharu yang diperkenalkan, alhamdulillah kami menerima maklum balas yang positif dan sudah mempunyai pelanggan tetap,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini ketika mempromosikan minuman itu pada Smart Melaka International Conference and Exhibition 2024 (SMIX 2024) berlangsung pada Khamis dan Jumaat lalu.

Katanya, SMIX 2024 merupakan platform yang tepat buat MBC bagi meneruskan usahanya untuk memperluaskan lagi pasaran produk minuman itu termasuk ke luar negara.

“Penganjuran ini mampu menyediakan peluang buat syarikat dan agensi terlibat untuk menjalinkan kerjasama menerusi padanan perniagaan bersama pelabur,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

505
Kongsi :
Previous post SUKAN MENYATUKAN RAKYAT MELAKA – KM
Next post 2,000 ‘SERBU’ JAPERUN TANJUNG BIDARA
Ubah saiz-+=