LTDL 2024 PUSINGAN KELIMA RANCAKKAN TMM2024

Masa Membaca:1 Minit, 22 Saat

AYER KEROH 3 Oktober – Perlumbaan Peringkat Kelima, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 dari Kuala Lumpur dan berakhir di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, berlangsung meriah apabila dibanjiri ribuan pengunjung yang hadir memberikan sokongan.

Ia secara tidak langsung merancakkan lagi sambutan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

6337013826666481030
ANTARA yang hadir memberikan sokongan. Foto Iqmal Haqim Rosman

Saingan sejauh 163.7 kilometer (km) itu menyaksikan pelumba Tudor Pro Cycling Team, Arvid De Kleijn muncul juara selaku pelumba terpantas dengan catatan masa 3 jam 35 minit 30 saat.

Tempat kedua pula menjadi milik Matteo Malucelli dari JCL Team UKYO, sementara ketiga milik Gleb Syritsa dari Astana Qazaqstan Team.

Upacara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam.

Hadir sama, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abdul Halim; Exco Belia, Sukan dan NGO negeri Datuk VP Shanmugam; Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Datuk Ngwe Hee Sem serta lain-lain kenamaan.

Walaupun cuaca tidak menentu sepanjang perlumbaan, namun difahamkan seramai 105 pelumba berjaya menamatkan saingan peringkat kelima ini.

6337013826666481012
KEMALANGAN yang berlaku di selekoh akhir perlumbaan. Foto Iqmal Haqim Rosman

Namun begitu, menghampiri kurang satu kilometer menghampiri penamat berlaku kemalangan yang menyaksikan beberapa pelumba mengalami kecederaan dan terdapat seorang daripadanya terpaksa diusung masuk ke dalam ambulans.

Untuk rekod, perlumbaan peringkat keenam esok akan bermula dari Batu Pahat dan berakhir di Kulai dengan jarak 123.4km, dengan menawarkan tiga zon pecutan iaitu di Senggarang, Rengit dan Bukit Batu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

98
Kongsi :
Previous post BAJET 2025 : UTAMAKAN BANTUAN SARA HIDUP RAKYAT
Next post POLIS, TNB GEMPUR PREMIS JUDI, POTONG ELEKTRIK
Ubah saiz-+=