
LTAM: Pesawat tak penuh sampai separuh punca henti sementara perkhidmatan
BANDARAYA MELAKA 8 September – Kurang permintaan terhadap perkhidmatan pengangkutan udara dalam kalangan pengguna di Negeri Melaka antara faktor syarikat penerbangan menghentikan sementara operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM)
Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, kekurangan tempatan tiket penerbangan menyebabkan semua perkhidmatan penerbangan komersial dihentikan sementara sejak bulan lalu.
âSyarikat ini melaporkan mereka kurang mendapat sambutan, setiap kali penerbangan jumlah penumpang tidak sampai separuh. Tempahan hanya meningkat pada musim perayaan dan hujung minggu sahaja.
âIni menjadi satu masalah besar buat syarikat berkenaan, mereka perlu menganggung kos yang begitu tinggi tetapi tidak memberi impak yang begitu baik.
âKerajaan Negeri akan mencari kaedah terbaik untuk mengatasi masalah ini seperti akan mengadakan perbincangan bersama syarikat terlibat untuk melaksanakan pemberian insentif kepada mereka,â katanya pada sidang media selepas menjadi tetamu Program Dialog 1.30 di MELAKAfm, Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM), di sini.
Hadir sama, Pengarah JKR Melaka, Datuk Ir. Ismail Abd Rahman.

Hameed berkata, perjumpaan bersama enam wakil syarikat penerbangan berkenaan juga sudah dijalankan sebelum ini namun tidak menemukan sebarang penyelesaian positif.
âNamun sehingga hari ini kita tidak mendapat sebarang jawapan. Jika ada mendakwa Kerajaan Negeri tidak bertindak berhubung perkara ini ia tidak benar,
âKeputusan adalah hak syarikat penerbangan, Kerajaan Negeri sentiasa mengalu-alukan mana-mana syarikat penerbangan untuk beroperasi di LTAM,â katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.