Sorting by

×

LTAM jadi hab parkir ambulans udara

Masa Membaca:1 Minit, 27 Saat

SERI NEGERI 23 Sept – Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) Baru Berendam bakal menjadi hab parkir ambulans udara yang menyediakan khidmat penerbangan membawa dan memindahkan pesakit.

Exco Infrastruktur Negeri, Datuk Roslan Ahmad berkata, perkara itu sudah dipersetujui oleh sebuah syarikat yang berpusat di ibu kota dan mendapat maklum balas yang positif untuk mula dijalankan pada bila-bila masa.

“Pemilik syarikat ini dah bersetuju nak jadikan Melaka sebagai hab penempatan ambulans udara di mana sebuah kapal terbang yang telah dimodifikasi untuk penerbangan membawa pesakit dari sekitar negara rantau Asia Pasifik akan ditempatkan di sini.

“Sekarang ini berpusat di Subang tapi mereka berminat nak memindahkan operasinya di LTAM termasuklah juruterbang dan kru yang membawa pesakit itu akan ditempatkan sekali di Melaka.

“Malah saya difahamkan ia boleh membawa seorang doktor, waris dan pesakit,” katanya pada sidang media hari terakhir Persidangan Pertama, Penggal Keempat, Dewan Undangan Negeri ke-14 di Seri Negeri, hari ini.

Mengulas mengenai perkembangan terkini bagi menaik taraf LTAM ujarnya, kerajaan negeri memandang serius terhadap usaha memperbesar dan membaik pulih segala fasiliti seperti parking bay dan tapak runaway demi memastikan perkhidmatan penerbangan yang lebih baik dan selesa.

“Ia selari dengan ucapan pembukaan Tuan Yang Terutama, Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia (Dr.) Mohd Ali Mohd Rustam yang mahu kerja-kerja naik taraf yang memberi impak dari sudut pelancongan kesihatan negeri ini disegerakan.

“Jadi antara kemudahan yang kita minta daripada kerajaan adalah runaway kita nak panjangkan sikit di samping fasiliti-fasiliti lain termasuk parking bay dan pelbagai lagi peruntukan untuk kerja-kerja penyelenggaraan,” katanya.

Dalam masa sama, beliau memaklumkan, pihaknya sentiasa mengambil langkah bersedia untuk memulakan operasi penerbangan seperti biasa dan hanya menunggu ‘lampu hijau’ untuk Melaka beralih ke fasa seterusnya.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

744
Kongsi :
Previous post Kewangan Islam kini mampu berperanan sebagai peneraju – Sultan Nazrin
Next post Penggiat industri pelancongan diseru buat persediaan awal – Nancy
Ubah saiz-+=