
‘LRT wrapping’ perhebat promosi pelancongan Melaka
KUALA LUMPUR 26 Sept. – Kaedah promosi pelancongan menggunakan ‘LRT Wrapping’ mampu memberi pelbagai manfaat dalam mempromosikan pelancongan negeri ini
Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md. Ali berkata, promosi yang menggunakan kaedah dengan pemasangan iklan promosi gergasi di seluruh badan gerabak LRT merupakan strategi bagi menarik pelancong terutama pada pasca pandemik COVID-19.
Katanya, enam gerabak LRT yang menggunakan laluan Sri Petaling/ Ampang Line telah dipasang promosi itu malah bukan saja luaran kereta api tersebut namun promosi berterusan turut dipamerkan di dalam setiap geranak LRT berkenaan.
“Kereta api yang merentasi laluan 30 stesen hentian ini telah dipasang dengan promosi berkenaan dimana ia bermula dari Stesen Putra Heights ke Sentul Timur.
“Saya harap kerjasama daripada Prasarana ini mampu memberi manfaat dalam pelancongan negeri ini yang menjadi strategi bagi menarik pelancongan domestik ke Melaka.
“Malah pada program yang dilaksanakan di Stesen Masjid Jamek ini turut menggunakan kaedah promosi dengan gerai pameran bagi membuka pelbagai pakej dan tawaran pelancongan Melaka daripada agensi yang terlibat,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Promosi Pelancongan Melaka di Stesen LRT Masjid Jamek, di sini.
Views:
Related
Berita Lain
KBS LUPUS 30 GELANGGANG FUTSAL TERBIAR, KERUGIAN CECAH RM12 JUTA
MELAKA, 26 April - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah melupus dan merobohkan 30 gelanggang sukan yang tidak diselenggara dengan...
NYAMUK BERWOLBACHIA KURANGKAN 70 PERATUS KES DENGGI DI MELAKA
TELOK MAS 26 April - Projek pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia di empat lokaliti di Negeri Melaka berjaya menurunkan 70 peratus...
LEBIH 15,000 MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI UTEM
DURIAN TUNGGAL 26 April - Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berlangsung 23 April lalu meriah...
PEMANDU 4X4 REMPUH MOTOSIKAL SUDAH DITAHAN POLIS
KESIDANG 26 April - Pemandu kenderaan pacuan empat roda (4x4) yang dipercayai terbabit dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Lebuh...
RAYA MERIAH DI SUNGAI UDANG
SUNGAI UDANG April 26 - Kemunculan penyanyi tersohor tanah air Datuk Hattan dan Black Hanifah memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka...
ISTERI MAUT, SUAMI PARAH DIREMPUH 4X4 DARI BELAKANG
KESIDANG 26 April - Hajat sepasang suami isteri untuk keluar makan malam bersama tidak kesampaian apabila motosikal dinaiki mereka dirempuh...