
LPM sasar bina 60 kediaman ‘Melaka Rumahku’
ASAHAN 8 Oktober- Lembaga Perumahan Melaka (LPM) merancang membina sehingga 60 unit kediaman dibawah Program Melaka Rumahku sepanjang 2023.
Pengarah Eksekutif LPM, Mohd Salleh Hamidom berkata bagi tujuan itu pihaknya menyediakan peruntukan berjumlah RM3 juta.
“Namun semuanya bergantung kepada jumlah permohonan yang diterima, kami memberikan keutamaan kepada golongan memerlukan seperti asnaf, mangsa bencana atau mereka ditimpa musibah.
“Pembinaan kediaman dibawah Program Melaka Rumahku yang dilengkapi tiga bilik tidur, satu bilik air, ruang tamu dan dapur dianggarkan RM50,000 seunit,” katanya.
Beliau berkata, demikian selepas mengiringi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan, Fairul Nizam Roslan menyerahkan kunci kediaman baharu kepada Ali Md Som, 84, dan Hamidah Ithnin, 79, di Batu 21 3/4, Kampung Bukit Senggeh, di sini, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
DUA BERADIK MAUT DIPERCAYAI LANGGAR LAMPU ISYARAT
JOHOR BAHRU 21 April - Dua beradik maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima...
MMC LANCAR ‘HEALTH & LEISURE CARD’ PERTAMA DI MALAYSIA
BANDAR HILIR 21 April - Bagi menarik lebih ramai pesakit domestik dan antarabangsa Mahkota Medical Centre (MMC) mengambil inisiatif melancarkan...
KEMPEN INTERNET SELAMAT DI SEKOLAH DIJANGKA BERMULA MEI INI
REMBIA 21 April - Jelajah Kempen Internet Selamat anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Melaka bakal menjadi antara...
RUMAH TERBUKA AIDILFITRI SUNGAI RAMBAI, KEMBALIKAN NOSTALGIA BERAYA DI KAMPUNG
SUNGAI RAMBAI 21 April - Pemilihan rumah tradisional Melayu lama sebagai tapak penganjuran, menghidupkan kembali nostalgia menyambut hari raya di...
RV PARK TETC LENGKAP DENGAN KEMUDAHAN, ANTARA YANG TERBAIK DALAM NEGARA
RIM 21 April - Pelbagai kemudahan asas yang lengkap menjadikan Taman Kenderaan Rekreasi (RV Park) di Taman Extreme Tasik Chinchin...
LEBIH 5,000 PENGUNJUNG MERIAHKAN MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN REMBIA
REMBIA 20 April - Lebih 5,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia di Kompleks Japerun...