
LPM peruntuk hampir RM270,000 jayakan program CSR
AYER KEROH 18 Okt. – Lembaga Perumahan Melaka (LPM) memperuntukkan RM269,901.63 menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bermula Januari sehingga 15 Oktober lalu.
Pengarah Eksekutif LPM, Mohd Salleh Hamidom berkata, daripada jumlah itu sebanyak RM164,901.63 dipertuntukkan bagi membaik pulih 16 unit rumah usang terpilih.
“Manakala peruntukan bagi membina tiga unit rumah baharu melibatkan kos sebanyak RM105,000.
“Kerja-kerja membaik pulih rumah usang seperti membaiki bumbung, siling rosak, mengecat rumah, mengganti pintu dan tingkap, membaik pulih rumah terbakar dan membina rumah baharu,” katanya kepada MHI.

Katanya, program CSR ini secara tidak langsung memberi bantuan kemasyarakatan dan kebajikan kepada golongan kurang berkemampuan dan memerlukan.
“Bagi pelaksanaan rumah baharu, pembinaan diselaraskan oleh Syarikat LPM Development Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat LPM.
“Kita harap program CSR ini dapat memberi manfaat kepada golongan berpendapatan rendah (B40) untuk menjalani kehidupan lebih selesa dan sejahtera,” katanya lagi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
BERAS MELAKA HANYA UNTUK WARGANEGARA MALAYSIA
SERI NEGERI 28 April - Beras Melaka yang kini mula dijual pada harga serendah RM26 sekampit 10 kilogram (kg) hanya...
EKONOMI MELAKA KEKAL KOMPETITIF, INKLUSIF DAN BERDAYA SAING
SERI NEGERI 28 April - Ekonomi Negeri Melaka kekal kompetitif, inklusif dan berdaya saing berdasarkan indikator dan data dikeluarkan Jabatan...
PENJENAMAAN SEMULA SJKC SIMPANG BEKOH SEDANG DIPERINCI
SERI NEGERI 28 April - Penjenamaan semula nama Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SKC) Simpang Bekoh kepada SJKC Laksamana Cheng Ho...
SEMUA MASJID DI MELAKA DIMINTA LAKSANA SOLAT HAJAT, QUNUT NAZILAH UNTUK PALESTIN
SERI NEGERI 28 April - Semua masjid di Negeri Melaka diminta untuk melaksanakan solat hajat dan bacaan Qunut Nazilah secara...
INSTITUT TUN PERAK SELIDIK PERANAN LAKSAMANA CHENG HO DALAM HUBUNGAN MELAKA DAN CHINA
SERI NEGERI 28 April - Institut Tun Perak (ITP) sedang menjalankan kajian terperinci mengenai peranan Laksamana Cheng Ho melibatkan hubungan...
LIPUTAN 5G DI MELAKA CAPAI 89.7 PERATUS, CAPAIAN 4G HAMPIR 100 PERATUS
SERI NEGERI - Kadar liputan 5G di kawasan berpenduduk di Negeri Melaka telah mencapai 89.7 peratus, kata Exco Sains, Teknologi,...