LPM perkasa integriti ikrar bebas rasuah
AYER KEROH 20 Januari – Ikrar aku janji dilafazkan menjadi simbolik kesungguhan warga Lembaga Perumahan Melaka (LPM) dalam meningkatkan integriti dan menolak salah laku rasuah.
Pengarah Eksekutif LPM Mohd Salleh Hamidom berkata bagi membuktikan iltizam itu seramai 64 kakitangan peringkat pengurusan melafazkan Ikrar Bebas Rasuah (IBR), dalam Program Ikrar Bebas Rasuah LPM 2023 dalam majlis berlangsung di Pejabat LPM, di sini, baru-baru ini.
Mohd Salleh berkata program seperti itu dianggap penting dan bermakna kerana ia melambangkan komitmen dan kesungguhan berterusan dalam memperkasakan isu integriti.
“Keterbukaan, tanggungjawab dipamerkan warga LPM dalam menandatangani IBR membuktikan bahawa usaha membanteras dan memerangi rasuah bukan tanggungjawab Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semata-mata.
“Perkara ini satu amanah perlu digalas semua pihak khusus warga perkhidmatan awam bagi memastikan urus tadbir negara bebas daripada sebarang gejala rasuah dan salah guna kuasa,” katanya.
Program dimulakan dengan sesi taklimat Akta Perlindungan Saksi 2009 (Akta 696) dan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) yang disempurnakan Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Negeri, Ahmad Faizul Abdul Rashid.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
TIGA NELAYAN NYARIS LEMAS BOT TERBALIK DI PANTAI BACHOK
KOTA BHARU 26 November - Tiga nelayan nyaris lemas selepas bot dinaiki mereka terbalik dibadai ombak, kira-kira 200 meter dari...
JBPM TERIMA WATIKAH PELANTIKAN ILB KEBOMBAAN
AYER KEROH 26 November - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) secara rasminya tersenarai sebagai 28 agensi Badan Peneraju Industri...
RAIS SUNTIK SEMANGAT CALON SPM DUN PAYA RUMPUT
PAYA RUMPUT 26 November - Peruntukan berjumlah RM21,000 disalurkan Japerun Paya Rumput kepada calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam Dewan...
‘TASK FORCE’ BANJIR JELAJAH SEMUA DUN
PAYA RUMPUT 26 November - 'Task force' banjir Melaka akan turun padang dan menjelajah ke setiap Dewan Undangan Negeri (DUN)...
MTL: MELAKA DIJANGKA ALAMI BANJIR
AYER KEROH 26 November - Melaka antara negeri yang turut diberikan perhatian oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sepanjang...
ANGKA KORBAN AKIBAT LEMAS MERISAUKAN
AYER KEROH 26 November - Orang ramai dinasihat agar mengehadkan aktiviti riadah seperti berkelah atau sebarang bentuk sukan air susulan...