‘Lovebird Paradise’ tarikan baharu TBRM

Masa Membaca:58 Saat

AYER KEROH 27 Februari – ‘Lovebird’ menjadi tarikan baharu bagi pengunjung yang singgah ke Taman Buaya dan Rekreasi Melaka (TBRM), di sini.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan ARTAC Tan Sri Prof. Dr. Rahim Tamby Chik berkata, unggas dalam kategori kakaktua itu berasal dari benua Afrika dan dikategorikan sebagai spesis yang dilindungi.

Katanya sebanyak 70 ekor burung berkenaan dilepaskan di dalam Sangkar Aviary TBRM yang turut dihuni pelbagai jenis unggas lain seperti ayam hutan, itik belibis dan ayam api-api.

“Tarikan baharu ini kita namakan sebagai ‘Lovebird Paradise’. Seekor burung ini berharga RM350 dan pada masa akan datang kita bercadang untuk tambah lagi menjadi 500 ekor.

“Saiz burung ini menyebabkan ia kelihatan comel, warna bulu juga menarik. Spesis burung ini hidup berpasangan dan suka mengeluarkan bunyi, itu yang mencuit hati pelawatuntuk datang ke TBRM,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pelepasan Lovebird ke Sangkar Aviary di TBRM, di sini, hari ini.

Hadir sama pada majlis itu Pengurus Besar TBRM, Ahmad Syarifuddin Mohamad.

Beliau berharap tarikan baharu itu juga mampu meningkatkan jumlah pelawat ke TBRM dengan sasaran antara 130,000 hingga 150,000 orang sepanjang tahun ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1535
Kongsi :
Previous post Lelaki cuba selamatkan anak ditemukan lemas
Next post Seludup diesel: Tiga warga Thailand didenda RM3,000
Ubah saiz-+=