Sorting by

×

Lorong kiri, kecemasan Tapah-Bidor arah selatan ditutup lima hari minggu depan

Masa Membaca:54 Saat

IPOH, 16 Julai – Lorong kecemasan dan kiri antara Tapah ke Bidor di kilometer (KM) 335.70 hingga KM336.65 (arah selatan) di Lebuhraya Utara-Selatan akan ditutup selama lima hari untuk memberi laluan kepada kerja penyelenggaraan jalan bermula 18 (Isnin) hingga 22 Julai (Jumaat).

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam satu kenyataan hari ini berkata bagaimanapun lorong KM335.70 hingga KM336.65 (arah selatan) itu masih boleh dilalui oleh semua kenderaan.

“PLUS mengutamakan keselamatan serta keselesaan di lebuh raya, dan secara berterusan melakukan pelbagai usaha dan inisiatif untuk meningkatkan kedua-dua aspek itu.

“Justeru pelanggan yang menghala ke selatan dinasihatkan supaya merancang perjalanan mereka dengan menggunakan aplikasi PLUS untuk mendapatkan maklumat trafik terkini melalui paparan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang disediakan,” menurut kenyataan itu.

Pengguna juga dinasihatkan supaya mematuhi semua papan tanda trafik serta arahan yang dikeluarkan oleh kakitangan PLUS ketika melalui kawasan terbabit.

“Pelanggan lebuh raya boleh menghubungi PLUSLine di 1800-88-0000 untuk mendapatkan maklumat trafik atau sekiranya ingin mendapatkan bantuan apabila berlaku kecemasan,” menurut kenyataan itu.

— BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1461
Kongsi :
Previous post Melaka tersenarai dalam UK Future Cities Programme
Next post 27 anak ular sawa Burma Albino berjaya dibiakkan
Ubah saiz-+=