Sorting by

×

Lori terbakar, mujur selamat

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

BUKIT BARU 6 Jun – Tindakan pantas pemandu lori penghantaran Pos Malaysia Bhd berjaya menyelamatkan bungkusan yang dibawa selepas kenderaan dipandunya tiba-tiba terbakar dalam kejadian di Lebuh Alor Gajah- Melaka Tengah- Jasin (AMJ), di sini, hari ini.

Ketika kejadian kira-kira jam 11.50 pagi itu, orang awam yang kebetulan melalui lokasi kejadian turut membantu pemandu lori.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Sofian Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.58 pagi sebelum sebuah jentera bersama sembilan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

“Sejurus tiba dilokasi kami mendapati benar terdapat sebuah kenderaan milik Pos Malaysia terbakar dan pasukan bomba bertindak mengawal kebakaran.

“Selain menggunakan air, operasi pemadaman turut menggunakan ‘foam’ selain kebakaran mengakibatkan kenderaan itu musnah 80 peratus,” katanya.

WhatsApp Image 2023-06-06 at 6.30.59 PM
TANGKAP layar lori penghantaran Pos Malaysia terbakar. Foto ihsan JBPM Melaka.

Menurutnya, pemandu kenderaan yang menyedari kebakaran berjaya keluar menyelamat diri serta barangan yang dibawanya.

“Difahamkan ketika kejadian kenderaan itu ada membawa bersama surat dan barangan pos tetapi ianya berjaya dibawa keluar.

“Selain tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan susulan kejadian itu selain punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2095
Kongsi :
Previous post Melaka capai 100 peratus liputan 5G tahun 2024 – Exco
Next post Cari pendekatan terbaik pelaksanaan GEG Bills
Ubah saiz-+=