
LORI ALAMI MASALAH BREK, LANGGAR 15 KENDERAAN
Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang Supt Shan Gopal Krishnan berkata dalam kejadian 3.30 petang itu, kesemua mangsa yang terlibat tidak mengalami kecederaan dan kemalangan hanya melibatkan kerosakan pada kenderaan.
“Berdasarkan siasatan awal, lori jenis tipper dipandu lelaki dari arah Nilai ke Cyberjaya dipercayai mengalami masalah teknikal (brek) dan telah hilang kawalan lalu melanggar 15 kenderaan lain yang berada di kanan dan kiri jalan untuk menunggu giliran keluar dari susur Tol Serenia menghala ke Cyberjaya.
“Siasatan lanjut masih diteruskan. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang atau Inspektor Muhamad Haziq Ab Karim menerusi talian 017-9076260,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Terdahulu, beberapa rakaman video dan gambar berhubung insiden itu tular menerusi media sosial, memaparkan beberapa kenderaan yang rosak teruk dipercayai akibat dirempuh lori itu. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TYT HADIR MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI BOMBA MELAKA
BUKIT KATIL 14 April – Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam hadir memeriahkan Majlis Jalinan...
JENAZAH PAK LAH DIBAWA KE MASJID NEGARA PAGI ESOK
KUALA LUMPUR, 14 April - Orang ramai yang ingin memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah Perdana Menteri kelima Tun Abdullah Ahmad...
MELAKA BERDUKACITA PEMERGIAN TUN ABDULLAH – KM
AYER KEROH 14 April - Melaka turut menzahirkan rasa dukacita di atas pemergian Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri...
TUN ABDULLAH MENINGGAL DUNIA
KUALA LUMPUR, 14 April - Perdana Menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada...
PETUGAS SEKOLAH HILANG, ANAK PEREMPUAN LEMAS SELEPAS KERETA DIHANYUTKAN ARUS DERAS
MIRI 14 April - Seorang pembantu pengurusan murid Sekolah Kebangsaan Long Jekitan di Baram dekat sini hilang, manakala anak perempuannya...
EKSEKUTIF JUALAN RUGI HAMPIR RM50,000 DIPERDAYA SINDIKET TAWARAN KERJA SAMPINGAN
KUALA TERENGGANU 14 April - Seorang eksekutif jualan kerugian sebanyak RM48,530 selepas diperdaya sindiket tawaran kerja tidak wujud di media...