Sorting by

×

‘Lone Ranger’ Petong dicekup buat kali ke 18

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

AYER KEROH 25 Disember – Seorang lelaki yang disyaki aktif melakukan jenayah pecah rumah tumpas selepas dia dicekup polis, dalam serbuan di Limbongan, tengah malam, semalam.

Suspek berusia 42 tahun, ditahan kira-kira jam 12.30 tengah malam oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pada 23 Disember lalu satu laporan diterima pihaknya berkaitan kejadian pecah rumah di kawasan Ayer Keroh yang membabitkan kerugian kira-kira RM50,000.

Beliau berkata, susulan itu satu kertas siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dibuka dan usaha memburu suspek yang terbabit giat dilakukan pihaknya.

“Suspek akhirnya berjaya ditahan semalam dan turut dirampas bersamanya adalah sebuah kereta, beg golf, wang kertas pelbagai nilai berjumlah RM2,190 dan sehelai resit jualan barangan kemas bernilai RM5,351.

“Siasatan lanjut dijalankan mendapati modus operandi suspek adalah melakukan pecah dengan bergerak solo dan mensasarkan kediaman mewah di kawasan Ayer Keroh,” katanya.

Menurutnya, semakan lanjut dijalankan mendapati suspek sudah ditangkap sebanyak 18 kali dalam tempoh 2020 hingga 2022 dan dihadapkan ke mahkamah atas 23 pertuduhan.

“Suspek masih belum selesai proses perbicaraan kes-kes mahkamah, dia kini direman sehingga Isnin bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan keatasnya,”katanya.

Mengulas lanjut, Christopher berkata, polis mengingatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan berhati-hati semasa meninggalkan rumah selain amat menggalak serta menyarankan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) begitu juga penggera berbunyi di kediaman.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2201
Kongsi :
Previous post Adun Kota terlibat kemalangan babit tiga kenderaan
Next post Yang di-Pertua Negeri Melaka terima jersi skuad Harimau Malaya
Ubah saiz-+=