Sorting by

×

Litar lumba Merlimau buat peminat ‘jiwa kelajuan’ akan dirasmikan esok

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat

MERLIMAU 25 Feb- Sebuah litar lumba yang diinspirasi buat anak-anak muda ‘kaki motor’ akan dirasmikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, esok.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, litar di terletak di kawasan perindustrian di Kampung Kilang Berapi itu dibina dengan kos mencecah RM1 juta.

Katanya, tujuan pembinaan litar terbabit adalah untuk membuat stigma buruk terhadap golongan yang mempunyai hobi dan minat dalam sukan permotoran serta kelajuan.

“Ramai yang ada stigma yang buruk pada mat rempit, sehingga mengecam tindakan saya mewujudkan litar lumba di merlimau.

“Bagi saya mereka ini sama saja seperti kita yang mempunyai hobi. Minat mereka adalah permotoran dan kelajuan.

“Minat mereka ini perlu disalurkan kepada jalan yang betul supaya mampu untuk mengasah bakat dan peluang untuk berkerjaya,” katanya.

DR Muhamad Akmal

Mengulas lanjut, Muhamad Akmal berkata jalan terbabit yang dijadikan litar itu akan diwartakan dan akan kekal menjadi litar lumba.

Ujarnya, litar itu akan dibuka kepada semua golongan yang berjiwa kelajuan pada setiap hari dan akan dikenakan bayaran termasuk skim insurans.

“Jadi buat orang-orang Merlimau, boleh salurkan jiwa kelajuan anda di tempat yang betul seperti di litar lumba ini.

“Setiap hujung minggu akan ada program, pada hari biasa pula kalau saja-saja pun boleh, tapi untuk berlumba dalam litar ini perlu memenuhi syarat dengan mematuhi spesifikasi yang ditetapkan seperti mempunyai cermin sisi dan pelbagai lagi.

“Di litar ini juga kita wujudkan skim untuk insurans, duit yang dibayar itu disertakan sekali dengan insurans, hal ini sekiranya berlaku apa-apa kejadian tidak diingini dalam litar terbabit tidaklah mati katak,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2288
Kongsi :
Previous post Pantau tahap kesihatan selepas terima dos penggalak
Next post Melaka, beberapa negeri ‘bergegar’ pagi ini
Ubah saiz-+=