
Litar lumba boleh bantu tingkat kemahiran pemanduan di jalan raya
Bekas pelumba motosikal negaraĀ Wazi Abdul Hamid berkata kaedah ituĀ telah banyak digunakan di negara luar, dan ia dilihat membantu dalam mengurangkan kadar kematian di jalan raya.
āKita kena tahu sebenarnya fungsi litar itu pelbagai,Ā bukan semata-mata tempat berlumba. DiĀ Eropah umpamanya, bila tiada perlumbaanĀ pemilik litar akan buka kepada orang ramai untuk gunakan kemudahan tersebut, bagi meningkatkan kemahiran memandu.
āSaya fikir perkara samaĀ dapat kita lakukan jika kita ada litar yang mencukupi, mendidik orang ramai dariĀ sudut kemahiran serta keselamatan,ā katanya ketika ditemui pada sidang media di Program Myfit@Motorsport Klass CubPrix Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di sini, hari ini.
Sementara itu, mengulas hala tuju kejohanan motosikal cub prix, Wazi berkata sukan tersebut wajar diperluaskan di peringkat negeri bagi mencungkilĀ bakat-bakat baharu, menggantikanĀ pelumba sedia ada yang sedang bersaing di peringkat lebih tinggi.
āKita tidak boleh harapkan kejohanan di peringkat nasional sahaja, kalau boleh setiap negeri dengan kerjasama pihak berkaitan boleh anjurkan kejohanan sama dalam skala yang lebih kecil.
āIni bukan sahaja dapat mencungkil bakat muda yang berpotensi, malah memastikan sukan ini terus konsisten dan mendapat tempat di hati peminat,ā katanya.
Ditanya tentang program yang dijalankan, beliau berkataĀ ia dianjurkan dengan kerjasama KBS dan disertai 40 peserta dalam lingkungan usia 13 hingga 18 tahun.
Menurut Wazi objektif utamanya adalahĀ untuk mencungkil bakat baharu dalam sukan cub prix, selain menjadikannyaĀ sebagai platformĀ mendidik anak-anakĀ muda, supaya tidak terlibat dalam perlumbaan haram di jalan raya.
āPengisiannya bukan bersifat suka-suka, tetapi lebih kepada mendekatkan diri dengan anak-anak muda ini supaya mereka mendapat ilmu pengetahuan khususnya tentang sukan cub prix,ā katanya. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.