LIPAN BARA BAWA PULANG RM10,000

Masa Membaca:1 Minit, 20 Saat

AYER KEROH 6 Oktober – Kumpulan Lipan Bara muncul juara Melaka Explorace bagi kategori terbuka, sekali gus membawa pulang wang tunai RM10,000.

Hadiah kemenangan itu disampaikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh pada Majlis Perasmian Penutup Melaka Explorace di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini hari ini.

Ketua Kumpulan Lipan Bara, Mohd Ali Harun, 54, berkata kejayaan mengalahkan 65 kumpulan lain adalah kerana persafahaman dan ketangkasan mengatur strategi.

Menurutnya, dia tidak menyangka kemenangan berpihak kepada kumpulannya, kerana beranggapan soalan yang diberikan agak susah dan mencabar.

“Kami mengamalkan sikap kerjasama dengan membahagikan tugasan-tugasan yang diberi. Keserasian antara ahli-ahli adalah penting dalam membentuk kerjasama yang baik serta lancar.

“Sebelum ini kami telah menyertai beberapa pertandingan ‘explorace’, ‘treasure hunt’ dan pelbagai lagi penganjuran seluruh negara.

“Berdasarkan pengalaman yang ada, kami gunakan sebaik mungkin untuk menyelesaikan setiap tugasan diberikan di Melaka,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Dalam pada itu, Mohd Ali turut menzahirkan rasa teruja apabila dapat menyertai acara seumpama itu di Melaka sebuah negeri penuh sejarah.

Jelasnya, melaksanakan pelbagai misi diberikan pada pertandingan tersebut membuatkan dirinya seolah kembali ke zaman sejarah.

“Boleh dikatakan pertandingan ini bukan sahaja memenuhi tugasan diberi ianya juga membentuk jati diri kami setiap ahli untuk lebih celik sejarah.

“Bila mana antara tugasan dalam pertandingan ini memerlukan kami untuk mendaki Bukit Melaka, masuk ke muzium, melewati tiga daerah dalam Negeri Melaka dan secara keseluruhannya memang menarik.

“Saya berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Melaka dan diharapkan penganjuran ini dapat diteruskan lagi dengan perbanyakkan lagi kategori dan cabaran,” ujarnya yang tinggal di Pahang.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

84
Kongsi :
Previous post MELAKA EXPLORACE DITERUSKAN TAHUN HADAPAN – AB RAUF
Next post TIGA ANGGOTA POLIS ANTARA 14 INDIVIDU DITAHAN POSITIF DADAH DI PUSAT HIBURAN
Ubah saiz-+=