Limpahan pembangunan untuk rakyat di akar umbi

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

AYER KEROH 28 Jun – Limpahan ekonomi hasil pembangunan sedang rancak berlaku di Melaka, perlu membawa faedah dan memberi manfaat kepada seluruh rakyat negeri ini khusus di peringkat akar umbi.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, selain meningkatkan taraf ekonomi rakyat hasil daripada pelaburan berimpak tinggi masuk ke Melaka, perkhimatan awam yang berkesan turut menjadi keutamaan kepimpinan beliau.

Bagi mencapai hasrat itu, Ketua Menteri mengingatkan agar semua ketua jabatan, agensi dan anak syarikat Kerajaan Negeri Melaka agar menyantuni rakyat secara berkesan.

“Mengambil kira mandat diberikan rakyat kepada kepimpinan saya, besar harapan saya untuk memastikan setiap agenda pembangunan negeri ini turut dirasai segenap lapisan masyarakat.

“Bagi saya, setiap jabatan dan agensi berperanan untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Sehubungan itu, saya mahu setiap program kerajaan Negeri yang sedang dan akan dirangka, mengambil kira kesan serta manfaat kepada rakyat peringkat akar umbi,” kata ketua Menteri menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau.

Ketua Menteri berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Program Retreat Pembangunan Intelektual dan Kepimpinan bagi Ketua Agensi dan Anak Syarikat Kerajaan Negeri Melaka berlangsung di Genting Highland, Bentong, Pahang.

Ab Rauf berkata, semua Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) diingatkan supaya sentiasa turun padang bagi menyelami dan mendengar denyut nadi rakyat.

“Seterusnya menyelesaikan perkara berbangkit di peringkat Dewan Undangan Negeri dan Japerun,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

91
Kongsi :
Previous post UTeM perluas kerjasama penerbitan di China
Next post Lelaki ditahan palsukan surat tukar hak milik kereta guna jata tubuh Sultan Kelantan
Ubah saiz-+=