Sorting by

×

LIMA TAPAK RV DISEDIAKAN TAHUN HADAPAN

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

SERI NEGERI 27 Disember – Lima tapak ‘Recreational Vehicles’ (RV) atau Kenderaan Rekreasi disediakan pada tahun hadapan bagi memudahkan dan memberi keselesaan kepada pengembara yang singgah di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata tapak itu adalah di Bukit Serindit, Tasik Ayer Keroh, Pantai Padang Kemunting, Pantai Tanjung Bidara dan Taman Ekstrem Tasik Chinchin.

“Bermula tahun hadapan, Kerajaan Negeri Melaka memperkenalkan RV untuk menarik minat pengembara singgah bermalam di tapak-tapak RV di bawah seliaan keempat-empat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Melaka.

“Selain itu, setiap PBT juga akan menaik taraf kawasan riadah bagi memastikan keselamatan rakyat seperti menyelenggara dan membaiki taman permainan dan pusat aktiviti kanak-kanak di bawah Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

“Pembaikan kawasan riadah di Taman Botanikal dan Dataran Sejarah di kawasan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ).

“Menaik taraf kawasan rekreasi di Bukit Beringin dan kemudahan permainan dalam taman perumahan kawasan Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Ucapan Bajet 2025 Negeri Melaka sempena Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas di Seri Negeri di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Ab Rauf berkata cadangan menaik taraf 10 kawasan lapang kemudahan riadah keluarga di taman-taman perumahan dalam kawasan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) turut dilaksanakan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

303
Kongsi :
Previous post MELAKA KEKALKAN INISIATIF BAJET LEBIHAN 2025
Next post SUKARELAWAN GENG 04 ATAU 30
Ubah saiz-+=