Lima sukan berfokus 2023

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

AYER KEROH 5 September – Hoki, badminton, ragbi, wushu dan angkat berat menjadi lima sukan utama bagi sekolah di Negeri Melaka bermula 2023.

Exco Pendidikan dan Teknologi negeri, Datuk Rais Yasin berkata, perkara itu adalah fokus perancangan dilakukan bersama Unit Pembangunan Bakat Murid, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

“Ramai atlet bertaraf dunia dilahirkan di Negeri Melaka, kalau badminton ada Aaron Chia, hoki juga kita ada pemain Melaka mewakili Malaysia.

“Tahun ini sudah hampir ke penghujungnya, jadi 2023 kita akan laksanakan sukan berfokus selain bola sepak dan bola jaring. Sukan tumpuan ini wajar dilaksanakan diperingkat akar umbi seperti sekolah untuk mencungkil bakat-bakat baharu.

“Kita harapkan sedikit sebanyak sukan-sukan ini akan menyumbang sesuatu kepada Negeri Melaka, sebab itulah perlunya diperingkat JPN jalin kerjasama erat bersama jabatan sukan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Makan Malam Kejohanan Tenis Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2022, di sini, malam tadi.

Pada majlis tersebut, seramai 280 atlet daripada 16 negeri termasuk Sabah dan Sarawak diraikan.

Untuk rekod, Melaka menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Tenis MSSM 2022 yang akan berlangsung dari 4 hingga hingga 8 September.

Kejohanan Tenis MSSM 2022 melibatkan tiga kategori iaitu Bawah 12,15 dan 18 tahun. Kontinjen Melaka menghantar seramai 18 wakil dalam kejohanan itu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2411
Kongsi :
Previous post Festival tarian medan cungkil bakat murid dan pelajar
Next post Polis tahan wanita disyaki abai anak autisme
Ubah saiz-+=