Sorting by

×

Lima pesakit COVID-19 pertama tiba jam 4 petang di PKRC awam MITC

Masa Membaca:58 Saat

AYER KEROH 21 Mei – Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) awam di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh mula beroperasi hari ini.

Tinjauan Melaka Hari Ini (MHI) bermula jam 2 petang tadi mendapati lima pesakit terawal tiba dengan menaiki van melalui Pintu C MITC di bahagian belakang kira-kira jam 4 petang.

Dijangkakan seramai 40 hingga 80 pesakit berisiko rendah akan memasuki PKRC awam MITC hari ini.

Hasil pemerhatian MHI mendapati kemasukan pesakit COVID-19 berisiko rendah di PKRC awam ini dalam keadaan terkawal.

Terdahulu pada sebelah pagi MHI telah melakukan tinjauan kira-kira jam 9.30 pagi dan mendapati petugas barisan hadapan yang terlibat telah bersiap sedia untuk menerima kemasukan pesakit berkenaan.

Petugas barisan hadapan melakukan pemeriksaan kawasan, menyusun atur katil selain mendengar taklimat disampaikan bagi urusan kemasukan pesakitan berjalan dengan lancar.

Untuk rekod PKRC awam ini adalah yang pertama di Melaka untuk orang awam.

Pembukaannya ekoran kesesakan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) 2.0 disebabkan peningkatan kes mendadak sejak beberapa hari ini terutama dari Selangor dan Kuala Lumpur.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

520
Kongsi :
Previous post BPP promosi destinasi Melaka melalui konsep hibrid
Next post Tempahan vaksin AstraZeneca dibuka kepada warga emas Ahad ini
Ubah saiz-+=