
Lima lokasi UiTM Shah Alam dijadikan PPS
SHAH ALAM, 20 Dis – Lima premis di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) bagi menempatkan mangsa banjir.
Naib Canselor UiTM Prof Dr Roziah Mohd Janor berkata ia terdiri daripada Kolej Kediaman Perindu, Melati dan Mawar, Pusat Konvensyen & Resort INTEKMA serta Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Beliau berkata PPS itu diuruskan oleh 257 orang anggota Taskforce UiTM antaranya daripada Jabatan Komunikasi, pasukan Bridged Sukarelawan dan Hal Ehwal Pelajar UiTM.
“Menerusi tinjauan, hingga 8 malam tadi, seramai 674 pelajar dan 237 staf UiTM terkesan dengan banjir,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, menurut kenyataan itu, UiTM menerima lawatan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad di Pusat Gerakan Bencana Banjir UiTM di Pusat Kokurikulum, semalam.
Noraini turut meninjau keadaan mangsa yang terjejas akibat banjir yang terdiri daripada pelajar dan staf UiTM serta komuniti setempat.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA, MALAM INI
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza menjadi antara tetamu jemputan yang bakal menyerikan...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...