
Lima lelaki merusuh di hadapan restoran ditahan
KUALA LUMPUR 2 Mac. – Polis menahan lima lelaki yang disyaki terbabit dalam kejadian merusuh di hadapan sebuah restoran di Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, lima suspek berusia antara 19 dan 23 tahun ditahan dalam serbuan berasingan di sekitar Kuala Lumpur bermula semalam hingga awal pagi tadi.
“Semakan mendapati kesemua suspek yang ditahan tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan mereka ditahan untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu merusuh dengan senjata,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Dalam kejadian itu, kira-kira 12 individu bertindak merusuh dengan memecahkan botol dan gelas menggunakan kayu dan parang selepas tidak dibenarkan membuat pesanan makanan di restoran berkenaan.
Anuar berkata siasatan mendapati kejadian berlaku akibat perasaan tidak puas hati apabila pengurus restoran mahu menutup perniagaan pada pukul 10 malam bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Kejadian itu turut tular di media sosial dengan memaparkan tindakan mereka membaling kerusi dan meja di hadapan restoran.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA LUNCUR INISIATIF SEKOLAH RINTIS KAMPUNG DIGITAL
MASJID TANAH 15 April - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hang Kasturi dipilih sebagai Sekolah Rintis Inisiatif Kampung Digital Melaka yang...
SUKAN MEMANAH TRADISIONAL BERKEMBANG DI MELAKA
TANJUNG BIDARA 15 April - Sesuai dengan saranan agar umat Islam mengamalkan sunnah Rasulullah SAW sukan memanah tradisional kini semakin...
RUMAH TERBUKA AIDILFITRI SUNGAI RAMBAI HIDANG MAKANAN LAUT
SUNGAI RAMBAI 15 April - Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai dijadualkan berlangsung di Homestay Pak...
KAK SOM OPTIMIS TUNAI MANIFESTO
PENGKALAN BATU 15 April - Pembinaan Sekolah Rendah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) antara janji manifesto Pilihan Raya...
SELISIH FAHAM ANGKARA PARKIR, WARGA EMAS PATAH TULANG BELAKANG
ALOR GAJAH 15 April - Warga emas patah tulang belakang selepas ditolak seorang lelaki akibat perselisihan faham dalam kejadian di...
TYT HADIR MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI BOMBA MELAKA
BUKIT KATIL 14 April – Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam hadir memeriahkan Majlis Jalinan...