Lima kereta, 11 motosikal musnah dalam kebakaran bengkel
SUNGAI PETANI, 26 Februari – Sebanyak lima kereta dan 11 motosikal musnah dalam kebakaran dua bengkel membaiki kenderaan di Taman Keladi dekat sini, kira-kira 5 pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani, Timbalan Penguasa Bomba I, Ismail Mohd Zain berkata pusat gerakan operasi menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 5.23 pagi tadi dan sepasukan bomba digerakkan ke lokasi kejadian.
“Seramai 17 pegawai dan anggota dari BBP Sungai Petani dan BBP Amanjaya digerakkan ke lokasi bersama jentera bomba. Turut membantu, Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Bakar Arang.
“Api berjaya dikawal pada pukul 5.45 pagi dan operasi tamat pada pukul 6.36 pagi tadi. Tiada mangsa yang dilaporkan cedera,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan, katanya lagi.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
LINNAS LAHIRKAN ASNAF BERKEMAHIRAN
AYER KEROH 5 November - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menjalinkan kerjasama strategik bersama beberapa agensi dan institusi latihan dalam...
GRADUAN UTEM NIKMATI GAJI PREMIUM
AYER KEROH 5 November - Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berjaya melahirkan graduan berkebolehpasaran tinggi dan bergaji premium selari dengan...
PEGAWAI SPRM DIDAKWA SALAH GUNA WANG SITAAN BERJUMLAH RM613,000
PUTRAJAYA 5 November - Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didakwa di Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di...
EMPAT RAKAN TERMASUK DUA REMAJA DIPENJARA TIGA TAHUN CULIK KANAK-KANAK PEREMPUAN
KLANG 5 November - Empat rakan termasuk dua remaja perempuan dipenjara tiga tahun oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku...
KES ANIAYA KUCING TULAR DI MEDIA SOSIAL, POLIS BUKA KERTAS SIASATAN
KUALA LUMPUR 5 November - Polis telah mengenal pasti lelaki tempatan yang dipercayai bertindak menganiaya seekor kucing seperti yang tular...
PANDU SECARA MELULU DAN BERBAHAYA KESALAHAN TERTINGGI SEPANJANG DEEPAVALI
KUALA LUMPUR 5 November - Memandu secara melulu dan berbahaya merupakan kesalahan tertinggi yang telah menyumbang kepada kebanyakan kes kemalangan...