Sorting by

×

Lima individu terima sijil warganegara- Exco

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

AYER KEROH 2 Ogos – Kegembiraan jelas terpancar pada wajah lima individu apabila menerima sijil kerakyatan sempena sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri, Datuk Kalsom Nordin berkata kesemua penerima berlatar belakang keluarga daripada Indonesia.

Katanya, proses permohonan mereka memakan masa kira-kira lebih 10 tahun untuk diproses berikutan pelbagai faktor diambil kira sebelum meluluskan permohonan itu.

“Pagi ini sempena sambutan Bulan Kebangsaan, kita membuat penyerahan lima sijil kerakyatan dan kesemua mereka ini telah memohon dan proses memakan masa lebih dari 10 tahun.

“Untuk mendapatkan kerakyatan bukan mudah, kita harap kesemua penerima ini akan menjadi warganegara Malaysia yang baik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Program Kibar Jalur Gemilang Peringkat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Melaka Tahun 2023 di Laman Mekar Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini.

Hadir sama, Pengarah JPN negeri, Norazlee Sulaiman.

Kira-kira lebih 50 kakitangan JPN Melaka bersama-sama meraikan pelancaran program tersebut.

Dalam pada itu, Kalsom turut memaklumkan pada program terbabit, sebanyak 10 cawangan dan bahagian JPN Melaka menerima Jalur Gemilang bersempena Bulan Kebangsaan pada bulan Ogos.

“JPN Melaka merupakan jabatan pertama yang membuat sambutan Bulan Kebangsaan dan diharapkan jabatan-jabatan kerajaan yang lain dapat memeriahkan jabatan sempena bulan kemerdekaan ini.

“Kita mahu semangat cintakan negara terus disemai dan dipupuk bersempena Bulan Kebangsaan ini, ” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

843
Kongsi :
Previous post Melaka laksana 190 operasi kawal haiwan liar
Next post SAMB peruntuk RM131 juta ganti paip usang
Ubah saiz-+=