Lima gerai medan selera di Bukit Baru musnah
DUYONG 9 Januari – Beberapa pelanggan dan pengusaha sebuah medan selera di Jalan Penghulu Abas, Bukit Baru berdepan detik cemas apabila lima gerai di premis itu tiba-tiba terbakar, di sini, malam tadi.
Kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 11.30 malam, sebelum pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Katil bergegas ke lokasi kejadian.
Komander Operasi Mohamad Hamdan Sudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.40 malam sebelum 17 anggota ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi bomba mendapati benar terdapat kebakaran sebelum operasi pemadaman dijalankan dan ia turut mendapat bantuan jentera dari BBP Ayer Keroh.
“Selepas lebih sejam, operasi dijalankan kebakaran dapat dipadamkan dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 1.15 pagi.
“Sebanyak lima buah gerai telah terbakar,” katanya.
Menurutnya, anggaran kebakaran membabitkan kira-kira 30 peratus dari keseluruhan keluasan medan selera terbabit.
“Bagaimanapun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan kerana ketika kejadian pengusaha dan pelanggan dilaporkan berjaya menyelamatkan diri.
“Punca sebenar kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan selain pasukan forensik bomba sudah ke lokasi bagi menjalankan siasatan,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MOTAC SIASAT SYARIKAT PELANCONGAN GAGAL TERBANGKAN JEMAAH UMRAH
PUTRAJAYA, 15 Jan - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sedang menjalankan siasatan terhadap sebuah syarikat pelancongan berlesen yang didakwa...
TIGA MAUT KEMALANGAN EMPAT KENDERAAN DI LEBUHRAYA PLUS DI REMBAU
REMBAU, 15 Jan - Tiga maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 226.5 Lebuhraya PLUS Senawang-Ayer Keroh arah utara,...
W.R.U.R BANTU CEPATKAN SELESAI MASALAH PENDUDUK
KUALA LINGGI 15 Januari - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) menunjukkan keberkesanan apabila mampu menyelesaikan permasalahan dihadapi oleh rakyat....
USIA 56 TAHUN BUKAN PENGHALANG SAMBUNG BELAJAR
AYER KEROH 15 Januari - Anak kelahiran Melaka, Andrea Esley Teoh Ho Piat membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk dia...
PRODUK MAKANAN SEJUK BEKU DARI KUALA LINGGI SEMAKIN LARIS
KUALA LINGGI 15 Januari - Kesungguhan seorang suri rumah Siti Fuatdatul Nor Yusuff yang mahu meningkatkan taraf hidup keluarganya menerusi...
NASIB NELAYAN MELAKA TERUS TERBELA
AYER LIMAU 15 Januari - Nelayan di negeri ini bersyukur kerana Kerajaan Negeri tidak pernah meminggirkan nasib mereka untuk meningkatkan...