
Lima gerai di Medan Selera Sri Kendong terbakar
SEREMBAN, 30 Jan – Lima daripada keseluruhan 15 gerai di Medan Selera Sri Kendong, Kota dekat sini yang dipercayai beroperasi lebih 10 tahun musnah dalam kebakaran pagi ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Ahmad Hafezze Mat Junoh berkata 16 anggota dari Balai Bomba Kota dan Tampin digerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan daripada orang awam kira-kira 5.14 pagi.
“Dua unit gerai terbakar sepenuhnya manakala tiga lagi terbakar 80 peratus. Api merebak terlalu cepat disebabkan angin yang kuat ketika itu, namun tiada mangsa dilaporkan terlibat dan kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya kira-kira 7.27 pagi,” katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA UMUM 2 INISIATIF KHAS AIDILFITRI
AYER KEROH 18 Mac - Dua inisiatif khas disediakan Kerajaan Negeri bagi meringankan beban rakyat dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri...
REZEKI ANAK DAPAT BAJU RAYA PERCUMA
Oleh: Azwani Mohammad PENGKALAN BATU 18 Mac - Aidilfitri tahun ini lebih bermakna buat 210 anak-anak fakir, miskin dan yatim...
BAYAR ZAKAT BERSEMUKA MASIH JADI PILIHAN
PENGKALAN BATU 18 Mac - Kaedah pembayaran Zakat Fitrah menerusi amil tetap menjadi pilihan umat Islam di negeri ini meskipun...
PERMAINAN VIDEO ROBLOX INSPIRASI PERKAMPUNGAN HANG TUAH
DUYONG 18 Mac - Melaka International College of Science And Technology (MiCoST) kini dalam usaha membangunkan permainan video berbentuk animasi...
BUSANA AIDILFITRI UNTUK ANAK ASNAF
PENGKALAN BATU 18 Mac - Riak wajah ceria jelas kelihatan di wajah 210 kanak-kanak penerima bantuan Tautan Kasih Ramadan 'Busana...
JUALAN MADANI KOPERASI MELAKA PADA 25 MAC INI
KESIDANG 18 Mac - Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Melaka akan menjalankan Jualan Madani Koperasi pada 25 Mac ini. Pengarah Suruhanjaya...