
Liga Melaka mesti dikembalikan tahun ini – Sulaiman
AYER KEROH 16 Jan – Kemeriahan penganjuran Liga Melaka perlu dikembalikan bermula tahun ini selepas terpaksa dibatalkan selama beberapa tahun berikutan COVID-19.
Presiden Persatuan Bolesepak Melaka United (MUSA), Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, penganjuran itu mampu menarik semula kemeriahan perlawanan bola sepak di negeri ini.
Katanya, ia berikutan liga berkenaan pernah menerima penyertaan lebih 50 kelab gabungan membabitkan saingan tiga divisyen di Melaka.
“Harapan saya semoga kelab-kelab gabungan dapat terus memberikan sokongan kepada persatuan di waktu sukar ini.
“Ia kerana dengan sokongan kita semua, persatuan ini dapat terus melaksanakan peranannya dalam mengelola sukan bola sepak Negeri Melaka,” katanya.
Beliau berkata demikian pada ucapan pembukaannya dalam Kongres MUSA ke-66 diadakan di Hotel MITC, di sini hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LELAKI MAUT, VAN TERBABAS REMPUH BESI PENGHADANG
ALOR GAJAH 12 Mac - Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah van di Kilometer 209.1...
AIDILFITRI: RAKYAT MELAKA DIGALAK DAFTAR APLIKASI ‘VSP’
AYER KEROH 12 Mac - Orang ramai khususnya penduduk di negeri ini disaran menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) bagi...
MPJ KONGSI REZEKI RAMADAN
JASIN 12 Mac - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menyemarakkan bulan mulia ini dengan Program Kongsi Rezeki Ramadan 2025 berkonsepkan sumbangan...
MAIM ANJUR QIYAMUNNAHAR RAMADAN BERSAMA MUALAF
AYER KEROH 12 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Bahagian Balai Islam akan menganjurkan dua siri Program Qiyamunnahar...
KAUNTER ZAKAT FITRAH DALAM KOLEJ
JASIN 12 Mac - Kolej Komuniti Jasin (KKJS) mengambil langkah proaktif dengan menyediakan kaunter pungutan zakat fitrah di kolej berkenaan....
BOMBA MELAKA SASAR ‘RESPONSE TIME’ BAWAH 9 MINIT
JASIN 12 Mac - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka komited meningkatkan mereka perkhidmatan terutamanya dalam memendekkan tempoh...