LHDN serah 200 kit makanan kepada MAIM

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

BUKIT PALAH 8 Sept – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerima sumbangan 200 kit makanan untuk disalurkan kepada golongan terkesan serta penerima berstatus miskin tegar.

Sumbangan itu diberikan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LDHN) Malaysia Peringkat Pejabat Pengarah Negeri Sembilan/Melaka di bawah Program CSR Hasil Prihatin LHDN.

Setiausaha MAIM, Muhammad Ikram Ibrahim berkata, setiap kit makanan bernilai RM100 yang mengandungi keperluan asas harian.

“Sumbangan ini diharap membantu golongan kurang mampu yang terkesan sewaktu pandemik COVID-19 dan berstatus miskin tegar.

“Makanan asas diberikan seperti beras, minyak, tepung dan sebagainya yang dapat meringankan beban dihadapi rakyat khususnya di negeri ini,” katanya.

MUHAMMAD Ikram melihat barang sumbangan yang diberikan kepada penerima.

 

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program CSR Hasil Prihatin LHDN di Lobi MAIM di sini, hari ini.

Hadir sama Pengarah LHDN Negeri, Zubaidah Hamzah.

Tambahnya sehingga kini terdapat seramai 8,000 penerima yang berdaftar dibawah MAIM.

“Penerima sumbangan MAIM ramai, biasanya kita akan agihkan sumbangan kepada keluarga besar yang tiada kerja dan lain-lain yang memerlukan.

“Alhamdulillah sehingga hari ini kita ada menerima sumbangan dari syarikat-syarikat lain serta individu untuk bantu golongan terkesan ketika ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1349
Kongsi :
Previous post Pemuda UMNO Melaka serah memorandum tangani isu rakyat kepada KM
Next post Turun ke laut suka-suka, terkejut dapat selangat 300 kg
Ubah saiz-+=