
Letupan, percikan api selamatkan pemandu trelar
AYER KEROH 15 Dis. – Seorang pemandu trelar berdepan detik mencemaskan apabila bahagian belakang kenderaan berat dipandunya itu tiba-tiba mengeluarkan percikan api, dalam kejadian di Kilometer 187 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) hala selatan, semalam.
Kejadian kira- kira jam 9.10 pagi itu mengakibatkan muatan kayu palet dibawa trelar terbabit musnah.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh Penolong Penguasa Bomba Mohd Hamdan Sudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.14 pagi sebelum 24 anggota termasuk pegawai dari BBP Ayer Keroh dan BBP Jasin Bestari bergegas ke lokasi kejadian.
Beliau berkata, kejadian hanya disedari pemandu trelar berusia 48 tahun apabila terdengar bunyi letupan dan ternampak percikan api dari arah belakang.
“Difahamkan trelar terbabit dalam perjalanan dari arah Kedah menghala ke Batu Pahat, Johor dan semasa kejadian kenderaan itu sedang bergerak.
“Menyedari berlaku kebakaran pemandu itu kemudian bergegas memberhentikan kenderaan lalu memisahkan kepala trelar dan bahagian belakang,” katanya.
Menurutnya, kebakaran membabitkan kira-kira 80 peratus muatan kayu palet dan api kemudian berjaya dipadam sepenuhnya.
“Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan pasukan forensik bomba dimaklumkan bagi menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kebakaran,” katanya.
Views:
Related
Berita Lain
SAMB BERI KEBENARAN SEWA TANAH KEPADA MITCH BINA PENCAWANG, TIDAK GANGGU BEKALAN AIR
Seri Negeri 29 April - Kebenaran menyewa tanah milik Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) bagi pembinaan pencawang telekomunikasi oleh Melaka...
KUALA SUNGAI BARU KINI ANTARA LIMA PEKAN UTAMA DAERAH ALOR GAJAH
SERI NEGERI 29 April - Meskipun lokasinya berada di hujung Utama Melaka, Kuala Sungai Baru kini menjadi antara lima pekan...
TIADA KLUSTER ‘ILI’ DIREKODKAN DI MELAKA
SERI NEGERI 29 April - Tiada sebarang kluster berkaitan kes Penyakit Seperti Influenza (ILI) direkodkan di Negeri Melaka setakat ini....
TIADA PERTUKARAN, HANYA PERHALUSI PORTFOLIO EXCO – KM
SERI NEGERI 29 April - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh sedang memperhalusi portfolio-portfolio barisan Exco Kerajaan Negeri....
TUDUHAN DEMI TUDUHAN, JEMU DENGAN FITNAH POLITIK BERULANG – AB RAUF
SERI NEGERI 29 April - Audio mirip suara Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang tular disifatkan...
DUA SYARAT UNTUK PENTERNAK BABI PAYA MENGKUANG
SERI NEGERI 29 April - Penternak babi di Paya Mengkuang, Kuala Sungai Baru perlu mematuhi dua syarat ketat yang ditetapkan...