Lepasan SPM DUN Ayer Limau sambung pengajian dapat imbuhan

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

AYER LIMAU 27 Julai – Seramai 90 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bakal melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi menerima wang saguhati daripada Japerun Ayer Limau, di sini, malam tadi.

Ahli Dewan Undangan (ADUN) Ayer Limau, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata pihaknya memperuntukkan hampir RM30,000 sebagai saguhati yang akan diberikan.

Jelasnya, sumbangan wang saguhati itu sedikit sebanyak boleh digunakan pelajar terbabit sebagai persiapan untuk melanjutkan pengajian kelak.

“Kita di Japerun Ayer Limau memperuntuk sedikit saguhati kepada pelajar lepasan SPM yang akan menyambung pelajaran ke peringkat matrikulasi, pra diploma, diploma.

“Ada juga pelajar yang bakal menyambung ke peringkat ijazah sarjana, sarjana dan kedoktoran turut menerima saguhati ini.

“Kita berharap sumbangan yang diberikan ini dapat meringankan beban mereka untuk membeli barang persiapan sebelum menyambung pengajian nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Lepasan SPM di Kompleks Japerun Ayer Limau, di sini, malam tadi.

Hadir sama, Pengurus Besar Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM), Aziz Baba.

Mengulas lanjut, Hameed yang juga Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri berkata, kesemua 90 pelajar terbabit merupakan anak jati Ayer Limau daripada 14 buah kampung.

“Boleh dikatakan, yang menerima wang saguhati antara yang membawa keputusan cemerlang dalam DUN ini dan mereka antara yang terpilih untuk menerima sedikit imbuhan daripada Japerun sebagai suntikan semangat untuk menyambung pengajian,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

67
Kongsi :
Previous post MAPEX 2024 tawar lebih 5,000 unit rumah
Next post Denggi: 1,386 penduduk dapat notis pembersihan
Ubah saiz-+=